Matlamat 2016 Untuk Kekal Selamat, Makmur Dan Sama Rata - Najib

Diterbitkan: Khamis, 31 Disember 2015 5:13 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil keputusan yang tegas, perlu dan tepat bagi mencapai matlamat Malaysia untuk kekal sebagai sebuah masyarakat yang lebih selamat, makmur dan sama ratapada tahun 2016, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Perdana Menteri berkata keputusan seperti itu akan dibuat sungguh pun ia tidak popular dalam usaha melindungi rakyat daripada kesengsaraan akibat keganasan.

"Untuk melindungi perpaduan yang amat berharga, yang melindungi kepelbagaian kita yang unik dan untuk memelihara masa depan cerah yang merupakan hak lahir bagi setiap rakyat Malaysia.

"Saya boleh memberi jaminan bahawa kerajaan akan sentiasa berusaha dengan segala kekuatan yang ada," kata Najib dalam perutusan tahun baharu beliau pada Khamis.

Beliau turut mengingatkan semua rakyat Malaysia agar tidak mengambil mudah soal keselamatan dan memandang rendah terhadap bahaya yang jelas serta wujud yang dihadapi dari luar dan dalam negara.

Malaysia berdepan pelbagai ancaman yang tidak mengenal sempadan, daripada keganasan hinggalah kepada pencerobohan pihak asing ke dalam wilayahnya yang berdaulat, misalnya insiden Lahad Datu pada 2013, kata Najib. 

Beliau menarik perhatian bahawa 150 rakyat Malaysia ditahan berhubung aktiviti berkaitan keganasan sejak penubuhan kumpulan dikenali sebagai Islamic State (Daesh) dan kemungkinan berlaku serangan di Kuala Lumpur, yang telah pun digagalkan.

Justeru, perdana menteri berkata ancaman itu perlu dipandang serius, dansebab itulah kerajaan meluluskan Akta Pencegahan Keganasan pada awal tahun inidan Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara awal bulan ini.

Najib berkata kedua-dua undang-undang itu akan membolehkan pasukan keselamatan mengawal dan menguruskan ancaman serta bertindak sejak peringkat awal, sebelum keadaan semakin buruk.

"Kami tidak akan menunggu sehingga tindakan kejam pengganas berlaku sebelum melaksanakan dengan aktif segala langkah perlu untuk mengelak kemungkinannya,"katanya.

Walaupun ekonomi global dilanda badai yang amat mencabar, tetapi Bank Dunia memuji kita kerana berjaya memastikan dasar mikroekonomi kita terus berada dalam keadaan kukuh.

Pada 2016, kita menjangka ekonomi kita akan berkembang antara 4dan 5 peratus, dipacu oleh pelaburan swasta dan penggunaan. 

Tahun ini, Malaysia diletakkan untuk bersaing dengan 70 negara Islam lain dalam Petunjuk Ekonomi Islam Global – dan kita memperoleh tempat pertama.

Kita juga menduduki tempat ke-18 - naik dua anak tangga - dalam Laporan Daya Saing Global Forum Ekonomi Dunia bagi 2015.

Di samping itu, agensi penarafan antarabangsa juga memberi gred lebih baik kepada Malaysia. Ketika menghadapi kemeruapan kewangan global, kerajaan mengambil keputusan tegas dan amat diperlukan bagi memberi perlindungan kepada rakyat kita serta untuk menjamin masa depan mereka.

Program Transformasi Kerajaan dan Rancangan Malaysia Ke-11 memastikan kita berada di landasan betul untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Namun demikian, tahun 2015 juga menyaksikan munculnya beberapa peristiwa yang belum pernah dihadapi negara ini di peringkat dalam dan luar negara.

Malaysia bukanlah satu-satunya negara yang terjejas oleh kejatuhan harga minyak. Bagaimanapun, sebagai sebuah daripada beberapa negara pengeksport penuh minyak di Asia Timur, perkara itu menjejaskan kewangan kita lebih teruk daripada kebanyakan negara lain.

Kejatuhan setiap satu dolar Amerika bagi setiap tong minyak bererti kerajaan kita mengalami kemerosotan hasil sebanyak 300 jutaringgit

Begitu juga halnya, kemelesetan ekonomi China turut memberi kesan kepada banyak negara lain. Bagaimanapun, oleh kerana China adalah rakan dagang kita yang paling besar, maka pekara itu menjejaskan kita dengan lebih teruk berbanding negara lain. 

Kita memulakan tahun ini dengan menghadapi banjir paling buruk dalam sejarah. Turut menyedihkan ialah 18 orang maut dalam kejadian gempa bumi di Sabah pada Jun, manakala kita semua dilanda kepiluan dan terkejut dengan pembunuhan kejam seorang rakyat negara kita, Bernard Then, oleh pengganas di selatan Filipina bulan lepas.

Kita juga tidak bebas daripada ancaman kumpulan yang dikenali sebagai Islamic State, dan perjuangan menentang radikalisme serta mereka yang mencemarka kesucian Islam melalui tindakan ganas mereka, perlu dilaksanakan di Malaysia sendiri, bukan di Timur Tengah sahaja.

Dalam menghadapi cabaran ini, kerajaan tidak mengambil jalan mudah dan popular. Sebaliknya, kami memainkan peranan sebagai ketua. Kami bertanya: Apakah langkah yang benar-benar betul untuk rakyat?

Pengenalan GST adalah antara contohnya. Cukai baharu jarang mendapat sambutan baik. Tetapi, dalam keadaan kejatuhanharga minyak, sekiranya kami tidak meraih hasil daripada GST, defisit kewangan kita akan meningkat daripada 3.1 peratus kepada 4.8 peratus pada 2016.

Ini akan mendorong agensi penarafan menurunkan penarafan bagi Malaysia danmengakibatkan berlaku peningkatan kadar faedah; pelaburan – termasuk dari luar negara - akan menurun; dan pengurangan peluang pekerjaan secara serius, disamping kesukaran lain yang akan dihadapi rakyat.

Kesejahteraan dan kemajuan rakyat sentiasa berada dalam fikiran kami apabila kami menggubal sesuatu dasar. Saya sedar, ramai yang teruk terjejas akibat kenaikan harga dan berasa bimbang mereka serta anak mereka tidak mendapat pekerjaan yang baik.

Sebab itulah, dalam Bajet lepas, kami turunkan cukai bagi keluarga berpendapatan sederhana, menaikkan gaji minimum serta menambah peruntukan bagi BRIM untuk golongan yang memerlukannya. 

Kami mengumumkan bahawa kami akan membina 175,000 unit lagi rumah mampu milik, manakala 41.3 bilion ringgit disediakan untuk meningkatkan kualiti pendidikan agar golongan muda bersedia untuk menyandang jawatan baharu yang akanterhasil daripada kemunculan teknologi baharu serta perubahan pasaran.

Projek infrastruktur seperti MRT dan Lebuh Raya Pan-Borneo akan meningkatkan ketersambungan, menghasilkan peluang pekerjaan serta peluang baharu, terutamabagi Sabah dan Sarawak.

Sebanyak 1.4 bilion ringgit lagi diperuntukkan untuk menambah baik jalan luar bandar di seluruh negara.

Pembangunan kita perlu meliputi segala-galanya. Meningkatkan kebingkasan ekonomi, mengurus kesan daripada kerentanan luardan melindungi kepentingan rakyat akan menjadi keutamaan kerajaan pada 2016.

Kerajaan akan terus menyemak dan memantau dengan rapi semua dasar serta programbagi memastikan ia memberi manfaat ketara kepada rakyat.

Keazaman saya ialah melihat tiada rakyat Malaysia akan tersisih apabila negara kita terus melakar kemajuan. Kami mempunyai perancangan, ia sedang dilaksanakan dan membuahkan hasil.

Berselisih pendapat merupakan suatu perkara lazim dan sesuatu yang sihatbagi sesebuah negara demokrasi dan perbincangan terbuka perlu sentiasa berjalan dengan baik dan penuh bersemangat.

Tahun depan, saya mahu kita mula bercakap tentang Wawasan Pasca 2020, dan saya akan menjemput semua rakyat Malaysia untuk berbincang tentang laluan yang perlu kita tetapkan untuk negara ini untuk beberapa tahun akan datang.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan