Beberapa Kawasan Rendah Di Kuching Mulai Dinaiki Air

Diterbitkan: Khamis, 31 Disember 2015 1:10 PM

Beberapa laluan di Taman Malihah dekat Matang, Kuching, dinaiki air.

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Hujan yang berterusan sejak awal pagi Khamis mengakibatkan beberapa kawasan rendah di bahagian Kuching dan Samarahan, Sarawak mulai dinaiki air.

Bagaimanapun kebanyakan tempat di sini mengalami banjir kilat dengan paras air naik dan surut dalam tempoh yang cukup pantas, mengakibatkan sebilangan mangsa, terutama di kawasan kota dan pinggirannya, enggan berpindah.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Sarawak Siti Huzaimah Ibrahim berkata sehingga kini, satu pusat pemindahan dibuka di Kampung Jaei, Asajaya, kira-kira 30km dari sini, menempatkan enam keluarga mangsa banjir.

Menurutnya bilangan tepat jumlah mangsa yang kini berada di pusat pemindahan Dewan Serbaguna Kampung Jaei itu yang dibuka sejak pagi Khamis, masih belum dapat dimuktamadkan.

Beliau berkata antara kawasan yang dinaiki air yang sedang dipantau rapi JPAM pagi Khamis ialah sekitar Kampung Samariang, Kampung Sinar Budi, Kampung Tanjung Bundong, Taman Malihah dan beberapa tempat sekitar kawasan bandar.

Huzaimah berkata pagi Khamis pasukan JPAM bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menghantar bekalan makanan kepada ketua kampung di Kampung Beradek dan Kampung Sembilang, dekat sini, untuk diagih kepada orang ramai di kampung berkenaan

Di Sarawak, selain 25 pangkalan hadapan, 610 pusat pemindahan banjir sudah dikenal pasti sejak November lalu, dan JPAM merupakan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

Sementara itu Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak Nor Hisham Mohamad ketika dihubungi berkata pihaknya menerima beberapa panggilan mengenai paras air yang naik antara satu hingga tiga kaki di beberapa kawasan.

Antaranya sekitar kawasan Kampung Nada, Muara Tabuan, Kampung Tabuan Dayak, Kampung Bako Indah, Taman Desa Wira, Kampung Beradek kawasan perumahan Desa Wira, Tabuan, Kampung Beradek Taman Malihah dan Samariang.  - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Kuching , banjir

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan