Harapan Kegembiraan 2016

Diterbitkan: Khamis, 31 Disember 2015 9:22 AM

Projek LRT di Puchong Jaya hampir siap.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pada tengah malam ini, rakyat Malaysia akan menyambut kedatangan tahun 2016 dengan mengharapkan sesuatu yang lebih baik selepas negara mengharungi detik mencabar sepanjang tempoh 12 bulan ini.

Dari segi ekonomi, tahun 2015 menyakiskan harga minyak yang rendah, pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kejatuhan nilai ringgit dan keadaan ekonomi China yang agak perlahan memberi kesan dalam perbelanjaan rakyat Malaysia.

Dalam kaji selidik terhadap rakyat Malaysia yang dilakukan The Star mendapati peningkatan harga merupakan masalah besar pada tahun ini.

Ramai mengharapkan tidak akan ada banyak kenaikan harga pada tahun depan dan kerajaan akan campur tangan bagi membantu menangani kos sara hidup.

Sistem pengangkutan yang lebih baik juga antara harapan bagi tahun 2016 selepas menyaksikan kenaikan kadar tol, teksi dan tambang pengangkutan awam lain.

Beberapa pengeluar kereta turut menetapkan untuk menaikkan harga pada 2016 tetapi dengan pembinaan projek MRT dan LRT yang akan siap, dapat membantu penduduk di sekitar Lembah Klang dan mengurangkan kebergantungan terhadap kereta.

Satu lagi isu besar adalah akses kepada rumah mampu milik dan berharap pada 2016 kerajaan akan memperkenalkan lebih banyak langkah dalam membina lebih banyak rumah kepada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

Dalam bidang politik, acara terbesar pada tahun 2016 sudah pastinya Pilihan Raya Negeri Sarawak, ujian bagi negeri dibawah pimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui Tan Sri Adenan Satem.

Keputusan pada pilihan raya negeri itu bukan sahaja menunjukkan sentimen politik di Sarawak tetapi membuktikan sejauh mana BN boleh bergantung kepada negeri 'simpanan tetap' itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang iaitu pada 2018.

Memandangkan tahun ini menyaksikan pelbagai perbalahan politik paling dahsyat dan pergaduhan mengenai agama dan bangsa, ramai mengharapkan tahun 2016 akan menyatukan rakyat Malaysia.

Dengan sukan sering disebut sebagai faktor penyatuan, tahun 2016 akan menjanjikan sesuatu yang lebih baik.

Dua acara sukan antarabangsa utama iaitu kejohanan bola sepak Euro 2016 pada Jun dan Sukan Olimpik pada Ogos akan membolehkan peminat sukan bersorak kegembiraan menyokong pasukan kegemaran mereka.

Sekurang-kurangnya, kita yakin akan terbit sedikit kegembiraan.


Tags / Kata Kunci: tahun baru , 2016 , harapan , rakyat Malaysia

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan