Gempa Bumi Lemah Landa Ranau - Jabatan Meteorologi

Diterbitkan: Rabu, 30 Disember 2015 9:23 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi lemah melanda daerah Ranau di Sabah dengan kekuatan 3.2 pada skala Richter pada pukul 6.17 pagi Rabu.

Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan berkata, pusat gempa bumi terletak di 6.0 darjah Utara dan 116.6 darjah Timur, kira-kira 11 kilometer Barat dari kawasan itu.

Gegaran dirasai di sekitar daerah Ranau, menurut kenyataan itu. - Bernama

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan