Kenaikan Tambang Bas Sekolah Tahun Depan Belum Diputuskan

Diterbitkan: Selasa, 29 Disember 2015 10:39 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tambang bas sekolah mungkin tidak wajar dinaikkan tahun depan, kata Persekutuan Pengusaha Persatuan Bas Sekolah Malaysia.

Setiausaha Agungnya, Md Saad Mohamad berkata sebarang kenaikan atau perbincangan mengenai perkara itu adalah diantara pengusaha dan ibu bapa pelajar.

"Pengusaha dan ibu bapa membincangkan mengenai kadar bayaran yang sepatutnya dikenakan," katanya kepada The Star Online.

Ketika ditanya sama ada pengusaha mungkin cenderung untuk menaikkan tambang, Md Saad berkata beliau tidak pasti mengenainya.

Beliau menganggarkan terdapat kira-kira 1,000 pengusaha di Semenanjung Malaysia dan setiap daripada mereka mempunyai cara sendiri untuk berbincang dengan ibu bapa.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada Oktober tahun lalu menetapkan pengendali bas sekolah tidak akan terikat kepada satu struktur tambang tetap lagi tetapi bebas menentukan anggaran tambang masing-masing berdasarkan rundingan bersama pihak sekolah dan ibu bapa.

Sebuah akhbar harian Bahasa Inggeris melaporkan tambang bas sekolah akan dinaikkan pada tahun depan.

Kenaikan itu mungkin dilakukan berikutan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Namun, Md Saad berkata harga alat ganti dan kos penyelenggaraan bas telah meningkat sejak GST dilaksanakan pada 1 April lalu.

Beliau membayangkan bahawa pengusaha mungkin sukar menampung kos operasi pada ketika ini kerana tambang bas sekolah tidak mengenakan caj GST.

"Saya tak boleh katakan bahawa dengan GST, tambang perlu dinaikkan. Walau bagaimanapun, tambang bas sekolah tidak mengenakan caj GST," katanya.

Usaha untuk menghubungi pegawai SPAD bagi mengulas mengenai perkara ini tidak berhasil.



Tags / Kata Kunci: tambang , bas sekolah

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan