Pemandu Teksi Dibunuh: Anak Dedah Bapa Pernah Diserang

Diterbitkan: Selasa, 29 Disember 2015 8:44 AM

Anggota forensik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengangkat mayat pemandu teksi Sudin Awang, 67, untuk dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk siasatan lanjut. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Anak pemandu teksi yang mati ditikam di Jalan Pasir Mas-Salor di sini, Isnin, berkata bapanya pernah diserang seorang lelaki tidak dikenali kira-kira enam bulan lepas.

Rosnani Sudin, 33, berkata lelaki terbabit yang menunggang sebuah motosikal, cuba memecahkan cermin teksi bapanya ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat berdekatan Balai Islam Lundang di sini, tetapi gagal berbuat demikian.

"Setahu saya, ayah tidak mempunyai musuh...ayah mesra dengan semua orang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di bilik mayat Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini, Isnin.

Dalam kejadian 2.30 petang, Sudin Awang, 67, dari Kampung Wakaf Lanas, Pasir Puteh, mati ditikam seorang lelaki yang menunggang motosikal ketika menghentikan teksinya di persimpangan lampu isyarat itu.

Rosnani berkata, kali terakhir beliau menemui bapanya dua hari lepas.

Sementara itu, seorang lagi anak mangsa Mohd Nazri Hanafiah, 23, berkata, beliau diberitahu mengenai kejadian yang menimpa bapanya oleh jirannya.

"Saya mendapat tahu berita itu kira-kira 3 petang. Sebelum itu, saya sudah menerima mesej (Whatapps) berkaitan berita itu, cuma saya tidak percaya.

"Waktu itu, saya berada di sebuah bank di Pasir Tumbuh. Selepas mendapat panggilan dari jiran, barulah saya percaya bahawa ayah saya mati dalam keadaan yang menyedihkan," katanya.

Beliau berkata, jenazah bapanya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Wakaf Lanas selepas selesai bedah siasat oleh pihak hospital. - Bernama

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan