Nahas Bas Di Chiang Mai: Empat Mangsa Dibenar Pulang

Diterbitkan: Selasa, 29 Disember 2015 10:59 AM

(Ubah saiz teks)

BATU PAHAT: Empat daripada lapan mangsa nahas bas di Chiang Mai terselamat yang dimasukkan ke hospital di Thailand dibenarkan pulang.

Antara mereka yang akan pulang ke Malaysia pada Selasa ialah Tan Yang Soon, Lum Jia Miem, Ng Too Hyiok dan Teo Tien Chor.

Empat lagi mangsa yang terselamat - Goh Bak Chai, Ker Shin Hui, Lim Guat Huat dan Lim Ah Gek masih berada di Thailand untuk menerima rawatan.

Pengurus Besar Chiu Travel Sdn Bhd, Terence Yung berkata, mangsa yang akan pulang ke Malaysia boleh mendapat rawatan susulan di hospital di sini.

"Keluarga mangsa memohon supaya tidak diganggu pihak media kerana masih bersedih di atas apa yang berlaku," kata Yung pada sidang media di sini, Selasa.

Mangsa kesembilan, Lee Siew Kim pulang ke tanah air pada 23 Disember lalu bersama-sama dengan mayat 13  terbunuh yang turut dibawa pulang. 

Kesemua mereka terbabit dalam kemalangan bas di Chiang Mai pada 20 Disember lalu.



iklan

Kolumnis

iklan

Iklan