Bekalan Makanan Untuk Mangsa Banjir Mencukupi - Shahidan

Diterbitkan: Selasa, 29 Disember 2015 11:47 PM

Shahidan mendukung bayi Nor Aishah Farhana Nor Hisham, tujuh bulan, yang dibawa ke Pusat Pemindahan Mangsa Bencana bersama ibunya Rosmawati Awang (kanan) sewaktu melawat mangsa banjir di Dewan Sebaguna FELDA Seberang Tayor, Kemaman pada Selasa. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim memberi jaminan bekalan makanan untuk negeri-negeri dilanda banjir adalah mencukupi.

Beliau berkata Kementerian Pertanian juga telah mengambil inisiatif dengan menyediakan kit bekalan makanan segera dalam tin yang mampu bertahan bagi tempoh tiga hari sebagai bekalan tambahan.

"Menerusi pengalaman banjir yang lepas, kita telah melakukan persiapan rapi menyediakan pelbagai kemudahan asas dan kini ditambah lagi dengan bekalan makanan segera di dalam tin.

"Makanan tambahan itu kita mula bekalkan sejak hari pertama mangsa dipindahkan dan ia boleh dimakan tanpa dimasak dan cukup untuk bekalan selama tiga hari," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan Kampung Seberang Tayor, di sini Selasa.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar.

Beliau berkata pihaknya juga akan memastikan kesemua mangsa yang terjejas banjir dibekalkan makanan segar dan bersih selain menerima kemudahan asas yang mencukupi bagi memastikan kesihatan mereka terjaga.

Shahidan turut berpuas hati dengan pengurusan bencana di semua tempat dengan kemudahan logistik dari semua agensi termasuk dari pihak Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Tentera Malaysia yang membantu melancarkan operasi pemindahan mangsa banjir.

Katanya Prosedur Operasi Standard yang diamalkan di Kemaman juga turut menjadi contoh di negeri lain bagi memastikan operasi berjalan lancar.

Beliau turut menyambut sumbangan pasukan sukarelawan membantu mangsa bencana ini khususnya ketika banjir, semasa banjir dan selepas banjir surut bagi membantu membersihkan rumah.

Dalam perkembangan sama Shahidan turut berkata seramai 60 anggota daripada Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) kini masih diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghadapi kemungkinan berlaku insiden yang teruk atau kritikal di kawasan banjir.

"Mereka ini (Pasukan SMART) mempunyai semua kepakaran menyelamat dan mereka ini kita gerakkan bagi kes yang kritikal," katanya.

Setakat ini seramai 160 mangsa dari 40 keluarga masih ditempatkan di Dewan Serbaguna Kampung Seberang Tayor selepas kediaman air mula dinaiki sejak petang Isnin. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Shahidan Kassim , bekalan makanan , banjir

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan