Kapten ATM Dikhuatiri Hilang Dihanyut Banjir Di AS

Diterbitkan: Selasa, 29 Disember 2015 10:51 PM

Hasman Hussin.

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Tentera Darat (TD) yang sedang mengikuti kursus di Missouri, Amerika Syarikat, dikhuatiri hilang apabila kenderaan yang dinaiki bersama-sama empat rakan kolejnya dihanyutkan banjir.

Markas TD Wisma Pertahanan dalam kenyataan di sini pada Selasa berkata Kapten Hasman Hussin menjalani kursus di Fort Leonard Wood sejak 1 Oktober lepas dan berakhir pada 15 April depan.

Markas TD dimaklumkan mengenai perkara itu oleh Penolong Penasihat Pertahanan Kedutaan Malaysia di Washington DC, menurut kenyataan itu.

"Pada 28 Disember, jam 11.45 pagi (waktu tempatan) Timbalan Ketua Perwakilan di Malawakil Washington DC, Saiful Annuar, dihubungi wakil Jabatan Negara Amerika Syarikat yang memaklumkan pegawai itu (Hasman) disyaki hilang.

"Beliau bersama-sama empat lagi rakan kolej telah pergi bercuti pada Sabtu, 26 Disember dan kenderaan dinaiki mereka dilaporkan telah dihanyutkan dalam banjir semasa mengharungi laluan/jalan di Pulaski County, Missouri," kata kenyataan Markas TD itu.

Menurut kenyataan itu, empat mayat rakannya telah ditemui, namun Hasman masih hilang.

"Keadaan mangsa masih belum dapat disahkan lagi. Pihak kolej dan Kedutaan Malaysia sedang mengesan Kapten Hasman," kata Markas TD.

Markas TD dan Pejabat Kerjasama Pertahanan (ODC) Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur masih berusaha mendapatkan maklumat terkini mengenai pegawai itu. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: banjir , ATM , Amerika Syarikat

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan