Mangsa Banjir Di Kemaman Meningkat Setakat 4 Petang Ini

Diterbitkan: Selasa, 29 Disember 2015 5:15 PM

Abu Bakar Ahmat, 68, menyusun peralatan rumahnya di atas para yang dibuat khas untuk mengelak ditenggelami banjir ketika tinjauan sekitar Kampung Teladas, Air Putih pada Selasa. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di Kemaman meningkat kepada 1,332 orang daripada 319 keluarga setakat 4 petang Selasa berbanding 997 orang daripada 247 keluarga pada tengah hari.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Negeri (JPBN), bagi keseluruhan Terengganu, mangsa yang terlibat ialah 1,690 orang daripada 442 keluarga yang ditempatkan di 19 pusat pemindahan.

Di Kemaman, mangsa banjir ditempatkan di 14 pusat pemindahan manakala di Dungun, 358 orang daripada 123 keluarga ditempatkan di lima buah pusat pemindahan.

Bagaimanapun keadaan banjir di Hulu Terengganu dan Marang sudah surut dengan kesemua lapan pusat pemindahan di kedua-dua daerah telah ditutup pada 4.15 petang Selasa.

Keadaan cuaca petang Selasa dilaporkan cerah. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: banjir , Kemaman

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan