Tarikh Tutup Permohonan BR1M 31 Disember - Najib - Berita Semasa | mStar

Tarikh Tutup Permohonan BR1M 31 Disember - Najib

Diterbitkan: Isnin, 28 Disember 2015 5:41 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Najib Tun Razak mengingatkan rakyat Malaysia yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) supaya memohon untuk mendapatkan bantuan itu berikutan tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Disember ini.

Perdana Menteri berkata, permohonan atau mengemaskini butiran boleh dibuat di https://ebr1m.hasil.gov.my/ atau mengisi borang dan menghantarnya di mana-mana cawangan-cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau pusat khidmat hasil di Pusat Transformasi Bandar (UTC).

"Insya-Allah, sekiranya permohonan lengkap dan anda layak, pembayaran BR1M akan mula diberikan secara berperingkat pada 28 Januari 2016 kelak," katanya secara ringkas di halaman Facebooknya pada Isnin.

Najib semasa membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat pada Oktober lalu mengumumkan jumlah BR1M akan dinaikkan untuk semua kategori.

Pemberian BR1M bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah akan ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1,000, dan pendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000 akan ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, bagi individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kadar bantuan akan ditingkatkan daripada RM350 kepada RM400.

Beliau berkata, satu kategori baharu akan diperkenalkan bagi semua penerima di dalam senarai e-Kasih yang berpendapatan bulanan di bawah RM1,000 akan menerima BR1M sebanyak RM1,050 manakala bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian RM1,000 akan diteruskan.

BR1M mula diperkenalkan pada 2012 diteruskan bagi membantu rakyat menjalani kos sara hidup yang semakin meningkat.

Tags / Kata Kunci: BR1M
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan