Hormati Sensitiviti Rakyat Dalam Soal Israel - Zahid Hamidi

Diterbitkan: Isnin, 28 Disember 2015 5:34 PM

Ahmad Zahid Hamidi.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia mempunyai dasar yang jelas dalam hubungan diplomatik dengan Israel dan DAP tidak sepatutnya bertindak di luar dasar itu, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, sensitiviti rakyat negara ini dalam isu berkaitan Israel perlu dihormati.

Beliau mengulas tindakan seorang pemimpin DAP Perak yang dilaporkan mengkritik Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kerana menghalang dua peserta luncur angin dari Israel daripada menyertai satu kejohanan di Langkawi, Kedah.

Bagaimanapun, pemimpin berkenaan dilaporkan telah menarik balik kritikan itu.

Ahmad Zahid berkata, pandangan pemimpin DAP itu turut tidak dipersetujui oleh rakan dalam pembangkang.

"Saya tidak perlu menyebut parti mana tapi saya fikir DAP jangan melihat dari aspek dan elemen mereka sahaja. Mereka harus melihat dari segi sensitiviti rakyat terbanyak di negara ini," katanya kepada pemberita pada penutupan majlis Deklarasi Prioriti 2016 'Ekonomi Keutamaan Kita' di sini, Isnin.

Kejohanan Perahu Layar Remaja Dunia Persekutuan Perahu Layar Antarabangsa 2015 (ISAF YWC 2015) yang berlangsung semalam hingga 3 Januari 2016 menerima penyertaan lebih 400 pelayar muda dari 80 negara termasuk Brazil, Argentina, Mexico, Rusia dan Afrika Selatan. - Bernama

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan