Seluruh Dunia Aktif Boikot Atlet Warga Israel - BDS Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 28 Disember 2015 12:21 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sebuah gerakan pro Palestin melahirkan rasa bimbang mengenai kenyataan seorang ahli politik pembangkang yang menyokong dua atlet Israel yang dinafikan visa untuk masuk ke Malaysia bagi menyertai kejohanan perahu layar.

Gerakan Boikot, Lupus, Sekatan (BDS) Malaysia berkata terdapat peningkatan dalam gerakan global terhadap bantahan pembersihan etnik, aparteid perkauman dan pendudukan tentera Israel di Palestin.

“Sukan juga tidak terkecuali (daripada tindakan) pihak berkuasa Israel.

"Pemain bola sepak Palestin dibunuh, stadium dibom dan pemain tidak diberi izin keluar negara untuk perlawanan," Pengerusi BDS Malaysia, Prof Mohd Nazari Ismail dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi membidas kenyataan Ketua Biro Pembangunan Ekonomi DAP Perak, Chong Zhe Min yang membantah sekatan visa yang dikenakan terhadap dua atlet warga Israel yang berhasrat menyertai Kejohanan Luncur Angin Belia Dunia, di Langkawi.

Chong bagaimanapun menarik semula kenyataannya dan menyatakan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin dalam menentang rejim Zionis Israel.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming turut mengeluarkan kenyataan berasingan yang menegaskan parti itu enggan dikaitkan dengan komen Chong dan menolak keganasan terhadap rakyat Palestin.

Mohd Nazri berkata wujud kempen oleh pasukan Palestin dan aktivis serata Eropah, Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) menolak bidaan Israel yang mahu menganjurkan perlawanan semasa Piala Eropah UEFA 2020.

"Bintang bola sepak seperti Christiano Ronaldo dan Eric Cantona turut sama berkempen untuk memulaukan Israel yang mereka sifatkan pemerintah rasis yang melanggar hak asasi manusia," katanya.

Jelas beliau lagi, BDS telah berkembang menjadi gerakan berasaskan hak asasi manusia sejagat menghadapi Israel sehingga ia mematuhi undang-undang antarabangsa.

Tags / Kata Kunci: BDS Malaysia , atlet Israel , perahu layar

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan