SPRM Tidak Boleh Dedah Identiti Penderma RM2.6b

Diterbitkan: Ahad, 27 Disember 2015 8:01 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengulangi jaminan siasatan kes SRC International dan dana RM2.6 bilion akan dikendalikan secara  bebas, telus dan profesional.

Pengarah Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin berkata, siasatan itu adalah berdasarkan panduan dan amanat Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan pengurusan tertinggi SPRM yang sentiasa tegas, profesional dan bebas.

"Jika terdapat kes, menjadi tanggungjawab kami untuk mencadangkan pertuduhan dalam laporan kertas siasatan yang akan dikemukakan kepada Peguam Negara pada minggu depan. Begitu juga sebaliknya," katanya dalam satu kenyataan di sini, Ahad.

Bahri berkata, SPRM bagaimanapun tidak dibenarkan untuk mendedahkan butiran siasatan itu termasuk mendedahkan nama penderma sumbangan dana RM2.6 billion itu.

"Perkara ini juga ada disebutkan oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman kepada sebuah portal pada 26 Disember 2015, di mana SPRM tidak ada kuasa sehingga kes yang disiasat dibawa ke mahkamah. SPRM berharap semua pihak faham akan perkara ini," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR, Mohd Rafizi Ramli bahawa SPRM perlu mendedahkan nama penderma yang menyumbangkan RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bahri menegaskan Akta SPRM 2009 tidak membolehkan SPRM memaklumkan butiran terperinci kepada orang awam.

Sebelum ini, pada 5 Ogos lalu, SPRM mengesahkan dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri merupakan sumbangan daripada penderma Timur Tengah.

Pada 5 Disember lepas, SPRM telah mengambil keterangan daripada Najib berhubung isu SRC dan dana RM2.6 bilion. 

Pertemuan itu diadakan selama dua jam setengah dan Najib telah memberi kerjasama yang baik kepada SPRM.

SRC International ialah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012. - Bernama

Tags / Kata Kunci: SPRM

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan