Norieen, Miksudiar Mahu Pindah Ke SK Kuala Betis

Diterbitkan: Ahad, 27 Disember 2015 4:02 PM

Norieen Yaakob.

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Dua murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang ditemui selamat dalam kejadian tujuh murid hilang Ogos lepas, menyuarakan hasrat mahu berpindah ke SK Kuala Betis, di sini.

Norieen Yaakob, 10, dan Miksudiar Aluj, 11, tidak lagi berminat meneruskan persekolahan di SK Tohoi kerana masih trauma dengan kejadian menimpa mereka.

Ibu Norieen, Midah Angah, 40, berkata anaknya sudah menyatakan hasrat untuk kembali ke sekolah, tetapi tidak mahu ke SK Tohoi.

"Saya harap akan ada perbincangan dengan Pejabat Pendidikan Daerah Gua Musang dan Jabatan Kemajuan Orang Asli untuk menyelesaikan perkara ini.

"Saya tahu SK Tohoi banyak melakukan penambahbaikan, tetapi anak saya tidak mahu bersekolah di situ lagi dan mahu dihantar ke SK Kuala Betis kerana ada kemudahan asrama," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Penad pada Ahad.

Ogos lepas, tujuh murid SK Tohoi bertindak melarikan diri dari asrama kerana takut dikenakan hukuman oleh guru selepas mandi di sungai tanpa kebenaran.

Selain Miksudiar dan Norieen, lima lagi kanak-kanak yang hilang ialah Ika Ayel, 9; Sasa Sobrie, 8; Haikal Yaakob, 8; Linda Rosli, 8, dan Juvina David, 7, dengan kesemua mereka dari Kampung Gawin dan Kampung Penad.

Lebih memilukan, selepas hampir 50 hari hilang di dalam hutan, empat daripada kanak-kanak itu - Ika, Haikal, Linda dan Juvina ditemui mati.

Seorang lagi mangsa, Sasa Sobrie, belum ditemui.

Miksudiar dan Norieen ditemui masih hidup dalam keadaan kelaparan dan dehidrasi di tebing sebuah sungai di belantara Tohoi.

Ditanya mengenai tahap kesihatan Norieen, Midah berkata anaknya masih trauma dengan kejadian menimpanya sehingga kadang kala menangis pada waktu malam.

"Trauma itu menyebabkan tidur Norieen sering terganggu. Saya sering memujuknya melupakan kejadian itu walaupun dia mula keluar rumah untuk bermain bersama rakan-rakan sejiran," katanya sambil menambah Norieen juga kerap ke kubur adiknya Haikal, kerana dua beradik itu amat akrab.

Sementara itu, bapa saudara Mirsudiar, Akik Bahir, 46, ketika ditemui di Kampung Gawin berkata Miksudiar masih berpantang makan kerana masalah jantung.

"Miksudiar kembali pulih dan kembali berkawan dengan rakan-rakan berdekatan rumahnya, namun tidak mahu kembali ke SK Tohoi kerana kejadian itu masih menghantui pemikiran mereka," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan