Percutian Keluarga Ke Phuket Yang Terakhir Buat Aziz Desa

Diterbitkan: Ahad, 27 Disember 2015 5:25 PM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Percutian bersama keluarga di Phuket menjadi percutian terakhir buat Aziz Desa, 50, bekas wartawan dan pengacara televisyen  yang meninggal dunia di sini pada Ahad.

Isterinya Raden Norazlina Raden Jumari, 50 berkata beliau bersama Aziz atau nama penuhnya Abdul Aziz bersama-sama anak-anak mereka baharu kembali daripada pusat percutian terkenal di Thailand itu petang semalam sebelum disedari meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad.

"Malam tadi arwah tidur di katil yang ada di ruang tamu bersama salah seorang anak kami. Tapi pagi tadi saya menyedari arwah sudah tidak bergerak lagi," katanya kepada pemberita di kediaman mereka di Taman Seri Dayang.

Aziz yang mengalami komplikasi buah pinggang, sakit jantung dan diabetes sejak hampir setahun lepas meninggalkan enam orang anak berumur antara 13 dan 22 tahun.

Selain pernah menjadi wartawan akhbar Berita Harian, TV3 dan TV9, Allahyarham juga pernah menjadi Setiausaha Akhbar kepada bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri (Tan Sri) Sanusi Junid

Jenazahnya disemadikan di Kampung Bayas selepas solat Asar.

Tags / Kata Kunci: Aziz Desa

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan