Empat Laporan Polis Dibuat Berhubung Lagu Hina Umno

Diterbitkan: Ahad, 27 Disember 2015 6:10 PM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Empat laporan polis dibuat pada Ahad meminta tindakan undang-undang segera diambil berhubung lagu menghina pemimpin dan parti Umno yang menjadi viral di laman sosial ketika ini. 

Laporan polis itu dibuat oleh Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Merbok, Puteri Umno Bahagian Merbok, Belia 4B Parlimen Merbok dan Kelab Sukan dan Rekreasi Parlimen Merbok di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kedah merangkap Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Merbok Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, lagu terbabit dipercayai mula disebar di internet pada tahun 2007 namun sejak tiga hari lalu menjadi viral di laman sosial.

"Sebab itu hari ini kami membuat laporan polis terhadap kebiadapan sekumpulan pemuzik yang menukar lirik lagu kepada kata-kata yang menghina Umno," katanya pada pemberita selepas membuat laporan polis tersebut.

Shaiful Hazizy berkata, tindakan beliau dan rakan-rakan lain membuat laporan polis adalah dasar tanggungjawab untuk melindungi dan mempertahankan parti daripada fitnah dan unsur tidak sihat.

"Kita perlu berhemah dalam berpolitik, ada lunas-lunas dan landasan tertentu namun ini sudah di luar landasan dan muzik yang sepatutnya hanya sebagai hiburan dan berada di luar pengaruh politik, kini menjadi pentas sebar fitnah," katanya. - Bernama

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan