Langkawi, Kota Kuala Muda Berisiko Dilanda Tsunami

Diterbitkan: Ahad, 27 Disember 2015 2:06 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Walaupun sudah lebih sedekad tragedi Tsunami 2004 melanda, namun Kedah terutamanya Pulau Langkawi dan Kota Kuala Muda masih berisiko untuk dilanda tsunami, kata Pengarah Meteorologi Kedah Rosli Zakaria@Che Kob.

Beliau berkata, ia disebabkan kedudukan geografi kawasan berkenaan yang berdekatan dengan kawasan sebelah Barat Sumatera yang merupakan kawasan aktif berlakunya gempa bumi.

Langkawi katanya, berisiko tinggi terkena tsunami terlebih dahulu, memandangkan tsunami pada 2004 menyaksikan jarak antara pusat gempa dengan Pantai Chenang lebih dekat.

"Mengikut jarak rentas (lurus) antara pusat gempa dengan Langkawi, kita anggarkan 550 kilometer, tapi kalau jarak sebenar ombak tsunami boleh bergerak ialah hampir 1,000 kilometer," katanya.

Malah beliau berkata kesan tsunami akibat gempa bumi di Lautan Hindi-Barat Laut Sumatera, pada 26 Dis 2004 menyaksikan Pantai Chenang di Langkawi mencatatkan ketinggian ombak 3.7 meter, dan masa ketibaan tiga jam 15 minit dan Kuala Muda pula mencatat ketinggian ombak 3.9 meter dengan masa ketibaan empat jam 32 minit.

Tsunami yang membadai beberapa negara pada 2004 turut menyebabkan Kedah terkena tempias tsunami, dengan 10 kematian di Kota Kuala Muda dan satu di Langkawi.

"Risiko tsunami sentiasa ada sebab kawasan di Utara dan sebelah Barat Sumatera memang kita panggil kawasan aktif disebabkan oleh pertembungan dua plat tektonik yang menyebabkan gempa bumi," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Bagaimanapun beliau berkata, untuk tempias tsunami sampai ke negeri ini, gempa bumi yang berlaku perlulah melebihi magnitud 8.0 pada Skala Richter di kawasan Sumatera terlibat.   Kata beliau buat masa ini terdapat lapan stesen seismologi di negeri ini yang berupaya mengesan kejadian gempa bumi dan lapan siren tsunami yang berfungsi untuk memberikan amaran awal sekiranya ada kemungkinan tsunami akan berlaku.

Lima daripada siren itu katanya, berada di Langkawi iaitu Pantai Cenang, Padang Mat Sirat, Telaga Harbour, Kuala Teriang dan Pantai Pasir Hitam manakala tiga di tanah besar iaitu Kota Kuala Muda, Tanjung Dawai dan Kuala Kedah.

Rosli turut berkata pihaknya sentiasa bekerjasama dengan agensi-agensi penyelamat lain khusus dalam memastikan kesiapsiagaan sekiranya berlaku apa-apa juga bencana.

Tags / Kata Kunci: Tsunami , Langkawi

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan