Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Masih Bergerak Perlahan - Berita Semasa | mStar

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Masih Bergerak Perlahan

Diterbitkan: Ahad, 27 Disember 2015 7:07 PM

Trafik perlahan dari Sg perak ke Terowong Menora dan seterusnya ke Jelapang. Foto Twitter @LLMinfotrafik

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan masih bergerak perlahan setakat 5 petang ini berikutan pertambahan kenderaan selepas cuti panjang sempena sambutan Maulidur Rasul dan Hari Krismas.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Lebuhraya Projek Lebuhraya Utara Selatan Bhd berkata, aliran trafik dari utara bergerak perlahan di Sungai Petani Utara menuju ke Sungai Petani Selatan; Changkat Jering ke Bukit Berapit; kawasan Rehat&Rawat Sungai Perak ke Terowong Menora; Ipoh ke Hentian Simpang Pulai; Gopeng ke Tapah dan Bukit Beruntung ke Sungai Buaya.

Aliran trafik di selatan turut mengalami situasi yang sama di Simpang Ampat ke Seremban, Bukit Gambir ke Pagoh dan Kulai ke Senai Utara, kata jurucakap itu.

"Trafik mula bergerak perlahan sejak 12 tengah hari tadi dan pengguna lebuh raya diingatkan supaya tidak menggunakan lorong kecemasan untuk memotong," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, Ahad.

Sementara itu, Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) bergerak perlahan dari Genting Sempah menuju ke Plaza Tol Gombak dan Bentong Timur ke Plaza Tol Bentong. 

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan