Jumlah Kenderaan Menuju Ke Ibu Kota Dijangka Meningkat

Diterbitkan: Sabtu, 26 Disember 2015 6:42 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di lebuh raya utara-selatan menuju ke ibu kota dilaporkan perlahan petang ini dan jumlah kenderaan dijangka terus bertambah sehingga Sabtu malam.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Lebuhraya Plus Expressways Sdn Bhd, berkata setakat 5 petang ini, aliran trafik dari arah utara dilaporkan bergerak perlahan di kawasan Seberang Jaya; Bukit Tambun menuju ke Jawi, Pulau Pinang; dan Changkat Jering ke Bukit Berapit, Perak. 

Aliran trafik bagi arah selatan juga dilaporkan perlahan di kawasan Senawang ke Seremban dan Ayer Keroh menuju ke Simpang Ampat, Melaka, kata jurucakap itu.

"Peningkatan jumlah kenderaan sejak 1 tengah hari tadi dijangka berterusan sehingga malam ini," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, Sabtu.  

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Aliran trafik meningkat

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan