Kementerian Kesihatan Tetapkan Syarat Guna Surat Khabar Bungkus Makanan

Diterbitkan: Sabtu, 26 Disember 2015 11:15 AM

Penggunaan surat khabar untuk membungkus makanan kini bersyarat seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. Foto www.dapurkakjee.com

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan menetapkan beberapa syarat dalam membenarkan pengendali makanan menggunakan kertas surat khabar untuk membungkus dan menyediakan makanan dan kegagalan mematuhi syarat itu bakal berdepan hukuman denda RM10,000 atau penjara dua tahun.

Kementerian mengambil maklum bahawa masih terdapat pengendali makanan menggunakan kertas surat khabar yang bersentuhan secara langsung dengan makanan sedia dimakan seperti untuk membungkus makanan, menutup makanan atau untuk menyerap minyak daripada makanan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, antara syarat ditetapkan termasuk hanya membenarkan surat khabar digunakan sebagai lapisan kedua untuk membungkus makanan yang sedia dimakan dan tidak bersentuhan secara langsung dengan makanan.

"Bahan pembungkus seperti plastik (lutsinar) atau daun pisang hendaklah digunakan sebagai lapisan pertama yang melindungi sepenuhnya makanan tersebut daripada bersentuhan secara langsung dengan kertas surat khabar," katanya dalam kenyataan di sini, Sabtu.

Beliau berkata, pembungkusan makanan sedia dimakan dengan surat khabar sebagai lapisan kedua juga hendaklah dikendalikan dengan kaedah yang dapat mengelakkan pencemaran dakwat daripada kertas surat khabar kepada makanan tersebut melalui apa jua cara.

"Contohnya, pencemaran boleh terjadi melalui tangan pengendali makanan yang telah menyentuh kertas surat khabar terlebih dahulu dan kemudiannya menyentuh makanan sedia dimakan secara langsung," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, kertas surat khabar hendaklah tidak digunakan bersentuhan secara langsung dengan makanan sedia dimakan seperti untuk menutup makanan atau menyerap minyak daripada makanan bergoreng.

Katanya, semua perkara tersebut tertakluk di bawah Peraturan 35, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 iaitu seseorang pengendali makanan hendaklah mengendalikan makanan dan menggunakan perkakas dan bekas makanan tanpa bersentuhan secara langsung dengan apa-apa benda atau bahan yang boleh mencemarkan makanan itu. 

Beliau menjelaskan menurut Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, pengendali makanan yang menyediakan, membungkus atau menghidang makanan untuk dijual hendaklah memastikan penyediaan, pembungkusan atau penghidangan makanan adalah bebas daripada apa-apa pencemaran.

"Pengendali makanan juga harus memastikan pembungkus makanan menyediakan perlindungan yang secukupnya untuk hasil makanan bagi meminimumkan pencemaran dan mengelakkan kerosakan kepada hasil makanan itu.

"Mereka juga harus memastikan bahan pembungkus makanan bukan toksik dan cukup kuat untuk menahan koyak dan bocor. Kegagalan untuk mematuhi peraturan tersebut merupakan satu kesalahan dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun," kata beliau.

Beliau berkata, aduan boleh dibuat kepada Kementerian Kesihatan sekiranya pengguna mendapati mana-mana pengendali makanan gagal mematuhi syarat yang ditetapkan itu melalui Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah terdekat atau laman sesawang Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau Facebook BKKM www.facebook.com/bkkmhq. - Bernama

-- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan