Lelaki Lemas Terperangkap Di Dalam Saluran Air

Diterbitkan: Sabtu, 26 Disember 2015 6:58 PM

Pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu mengeluarkan mayat mangsa lemas Ahmad Rizuan Abd Aziz selepas terperangkap dalam pembetung air ketika mencari ikan, dekat Batu Lintang, Tikam Batu pada Sabtu. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki berusia 35 tahun ditemui lemas selepas terperangkap di dalam saluran air ketika menangkap ikan di Kampung Bukit Petai, Tikam Batu, dekat sini, Sabtu. 

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu Yacob Ishak berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 11 pagi namun bomba hanya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.34 pagi.

Mayat mangsa, Ahmad Rizuan Abd Aziz berasal dari Kampung Bendang Baru, Kuala Nerang, berjaya ditemui pada pukul 1.48 tengah hari dan dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk bedah siasat.

"Kami terpaksa mengepam keluar air yang terdapat di dalam saluran air itu sebelum anggota penyelamat dapat masuk dan membawa mangsa keluar," katanya ketika dihubungi Bernama, Sabtu.

Yacob berkata mangsa dikatakan datang ke kawasan terbabit untuk menangkap ikan bersama dua lagi rakannya, Mohd Taufik Ramli, 22, dan Mohd Zuhairi Mahmud,23.

"Mangsa dipercayai terperangkap di dalam saluran air, antara tali air dan bendang, yang mana saluran itu dianggarkan sepanjang 80 kaki dan seluas empat kaki, selepas air secara tiba-tiba melimpah memenuhi saluran itu," katanya.

Difahamkan, mereka bertiga yang biasa dengan kawasan itu, sudah mengepam keluar air yang berada di dalam saluran itu sebelum masuk, bagaimanapun disebabkan limpahan air secara tiba-tiba, Ahmad Rizuan terperangkap di dalam air manakala Mohd Taufik sempat ditarik keluar oleh Mohd Zuhairi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supt Mohd Sabri Muhamad ketika dihubungi Bernama, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

"Mangsa dikatakan masuk dari laluan lain ke dalam saluran air itu, manakalarakannya memasuki laluan bertentangan. Seorang berjaya diselamatkan manakala mangsa terperangkap di dalamnya," katanya.

Mohd Taufik kini ditempatkan di HSAH dan keadaannya dilaporkan stabil. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Lemas Dalam Saluran Air

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan