Ibu Mohon Bantuan Cari Anak Perempuan Hilang

Diterbitkan: Sabtu, 26 Disember 2015 6:34 PM

Intan Suliyana Mohamad Som

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang ibu memohon bantuan orang ramai untuk mencari anak perempuannya Intan Suliyana Mohamad Som, 18, yang dipercayai hilang di sebuah pusat membeli-belah di Peringgit di sini, tiga hari lepas.

Nor Asiah Ab Hamid, 52, berkata remaja itu keluar dari rumahnya di Taman Rumpun Bahagia, Bachang, di sini untuk membayar bil Astro pada kira-kira 2 petang di pusat beli-belah tersebut yang terletak kira-kira satu kilometer.

Suri rumah itu berkata Intan Suliyana sempat bertemu dengan kakaknya yang bekerja di sebuah butik di pusat beli-belah tersebut sebelum menyatakan hasratnya untuk pulang ke rumah kira-kira 3 petang.

"Saya dan keluarga menunggu sepanjang hari namun Intan tidak pulang kerumah. Saya dan suami kemudian mengambil keputusan membuat laporan polis di balai polis berhampiran kira-kira jam 4 petang hari Khamis (24 Dis)," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Turut hadir bapa mangsa Mohamad Som Ahmad, 59, yang bekerja sebagai tenaga pengajar di sebuah kolej vokasional di sini.

Nor Asiah berkata selepas laporan polis dibuat, dia kemudiannya menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Intan Suliyana yang meminta tolong daripadanya pada 7.30 malam hari sama.

Beliau berkata lima jam selepas itu, Intan Suliyana mengirim SMS kepada salah seorang kakaknya yang menyatakan dia sihat dan takut untuk pulang kerumah.

"Kami cuba menghubunginya selepas menerima SMS itu, namun gagal. Suami dan anak-anak yang lain juga sedang berusaha mencari Intan di sekitar bandar Melaka termasuklah menampal gambar Intan di sekitar bandar ini," katanya.

Beliau berkata dia dan keluarganya mengharapkan anaknya itu selamat pulang dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes tersebut dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kes itu menghubungi pihak polis.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Anak perempuan hilang

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan