Perintah Berkurung Di Esszone Dilanjut Hingga 12 Januari

Diterbitkan: Sabtu, 26 Disember 2015 5:37 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Perintah berkurung fasa ke-33 di kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang berakhir pada Ahad, dilanjutkan sehingga 12 Januari bermula 7 malam hingga 5 pagi, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Beliau berkata keputusan melanjutkan tempoh perintah berkurung meliputi daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran itu bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah.

"Perintah berkurung ini dilanjutkan bagi memudahkan penguatkuasaan terhadap pergerakan bot serta menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet dan aktiviti-aktiviti perikanan dengan kehadiran kapal pasukan keselamatan yang menguatkuasakan perintah berkurung ini," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Katanya, perintah berkurung berkenaan juga perlu dilanjutkan bagi melindungi perairan Sabah daripada dicerobohi pihak pengganas yang mengancam keselamatan para penyelidik dan pelancong luar negara yang melawat pulau-pulau peranginan yang terletak di kawasan Esszone.

Menurut Jalaluddin, maklumat yang diterima mendedahkan bahawa kumpulan pengganas dari selatan Filipina yang menjalankan aktiviti menculik untuk mendapatkan wang tebusan dan kumpulan militan Abu Sayyaf masih cuba menceroboh perairan Sabah untuk melakukan penculikan dan lain-lain jenayah rentas sempadan.

Beliau berkata kuasa-kuasa telah diberikan kepada semua Ketua Polis Daerah yang terletak dalam kawasan Esszone untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana pemohon untuk tujuan aktiviti perikanan atau laluan mendesak.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Esszone , Sabah , Perintah Berkurung

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan