Tengahari: Aliran Trafik Beberapa Lebuhraya Utama Mulai Perlahan - Berita Semasa | mStar

Tengahari: Aliran Trafik Beberapa Lebuhraya Utama Mulai Perlahan

Diterbitkan: Jumaat, 25 Disember 2015 1:14 PM

Orang ramai mula meninggalkan ibu kota, Kuala Lumpur untuk pulang bagi menyambut Hari Raya di kampung halaman masing-masing.

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan mulai perlahan setakat 12 tengah hari berikutan peningkatan kenderaan bersempena cuti panjang iaitu Hari Krismas pada Jumaat dan cuti hujung minggu.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Lebuhraya Plus Expressways Sdn Bhd berkata trafik dilaporkan perlahan dari Plaza Tol Juru menuju ke Sungai Dua, akibat kemalangan yang berlaku di Km132.6 lebuh raya berkenaan.

"Trafik perlahan di kedua-dua arah, lain-lain lokasi bagaimanapun dilaporkan lancar dan terkawal.

"Manakala bagi arah Selatan trafik perlahan dari Senai menuju ke Sedenak," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Jumaat.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik menuju ke Timur di plaza tol Gombak dilaporkan bergerak perlahan.

"Aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1), Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dan lain-lain bagaimanapun masih lancar dan terkawal," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.
Tags / Kata Kunci: Plus , LLM , aliran trafik
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan