Permohonan Visa Ke China Di Konsulat Besar Di Sabah

Diterbitkan: Jumaat, 25 Disember 2015 9:00 AM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Penduduk di Sabah dan Labuan yang merancang untuk melawat China boleh memohon visa dan pasport mereka di pejabat Konsulat Besar China mulai Isnin ini.

Konsul Jeneral Pejabat China di Sabah Chen Peijie berkata perkhidmatan itu akan ditawarkan hanya dengan temujanji sahaja kerana tenaga kerja, ruang pejabat serta sambungan internet yang terhad.

Individu atau kumpulan pemohon dikehendaki mengisi borang permohonan temujanji dalam talian yang boleh didapati di laman web konsulat itu di http://www.fmprc.gov.cn/ce/cgkotakinabalu/eng/.

Borang yang telah lengkap perlu dihantar ke e-mel chinese.consulate.kk@gmail.com atau faks ke 088-385 471.

Chen berkata pemohon yang berjaya akan menerima pengesahan temujanji mereka melalui e-mel atau faks dan mereka perlu menunjukkan slip temujanji mereka di pejabat Konsulat Besar China.

Pemohon dari luar Sabah dan Labuan perlu memohon sama ada di kedutaan China di Kuala Lumpur atau Pejabat Konsul Malaysia di Kuching.

Pejabat Konsulat Besar beroperasi pada Isnin hingga Jumaat pukul 9.30 pagi -11.30 pagi, kecuali pada hari cuti.

Sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada Konsulat melalui nombor telefon 088-385 481 dari pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang pada hari bekerja.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan