Mayat Pelajar Tahfiz Ditemui Di Pantai Kelulut, Marang

Diterbitkan: Jumaat, 25 Disember 2015 8:20 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Mayat pelajar tahfiz yang hilang ketika bermain air bersama rakannya yang lain di Pantai Rhu Sepuluh, Setiu Isnin lepas ditemui di Pantai Kelulut, Marang, tengah hari Jumaat.

Mayat Muhammad Wafiq Mohd Noor, 17, ditemui terdampar di pesisir pantai itu,kira-kira 75 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang pada pukul 12.05 tengah hari oleh orang awam.

Ketua ‎Polis Daerah Setiu, DSP Elias Abu Bakar memberitahu Bernama, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik, Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat dan ahli keluarga telah membuat pengecaman dan mengesahkan mayat berkenaan berdasarkan identiti, pakaian dan bentuk fizikal.

Isnin lalu dua pelajar yang berasal dari Johor yang sedang mengikuti program keagamaan sempena cuti sekolah di Masjid Kampung Banggol, Setiu hilang ketika bermain air di pantai itu kira-kira pukul 9.30 pagi.

Seorang lagi rakan mereka, Ahmad Izad Shahruddin, 17, berjaya diselamatkan orang ramai manakala Muhamad Naim Adnan ditemui lemas, Selasa lalu.

Mayat Muhamad Naim ditemui terapung kira-kira pukul 11.45 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat.

Sementara itu, kembar mangsa Muhammad Wafiy Mohd Noor, 17, bersyukur apabila mayat adiknya berjaya ditemui selepas lima hari menunggu.

"Menerusi rupa paras dan pakaian yang tersarung memang ia adalah milik adik kembar saya...terima kasih kepada semua pihak termasuk penduduk kampung yang bertungkus lumus mengesan mayat adik saya,"katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Pelajar tahfiz , lemas

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan