Trafik Ke Pantai Timur Kembali Lancar, Kemalangan Rencat Perjalanan Ke Utara

Diterbitkan: Khamis, 24 Disember 2015 10:53 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di Lebuhraya PantaiTimur (LPT) dilaporkan beransur lancar pukul 9 malam Khamis. 

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) yang dihubungi Bernama berkata aliran trafik yang dilaporkan perlahan petang tadi ekoran warga kota mengambil peluang untuk pulang bercuti sempena Maulidur Rasul dan Hari Krismas kembali terkawal.

Bagaimanapun menurut jurucakap Pusat Kawalan Trafik Projek Lebuhraya Utara-Selatan Bhd, aliran trafik dari arah selatan iaitu Senawang menghala ke Simpang Ampat masih perlahan.

Katanya turut berlaku kemalangan yang membabitkan sebuah van yang terbabas ke dalam longkang di Km 263 dari arah Terowong Menora menghala Ipoh sehingga memperlahankan perjalanan ke arah utara.

"Trafik diberhentikan sejauh dua kilometer untuk memberi laluan kepada kerja mengalihkan kenderaan berkenaan," katanya.

Selain itu bas rosak di lorong kiri di Km 239.2 dari arah Kuala Kangsar menuju Changkat Jering turut memperlahankan aliran trafik.

Sementara itu beberapa laluan arah utara dilaporkan masih sibuk termasuk laluan dari arah Bandar Baru menghala Jawi, Kuala Kangsar ke Bukit Berapit,Jelapang ke Sungai Perak, Simpang Pulai ke Ipoh Utara dan Tapah ke Gopeng.

Orang ramai boleh mengetahui maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter diwww.twitter.com/llminfotrafik. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Aliran Trafik Sesak , Cuti

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan