Status Negara Maju: Tiada Rakyat Malaysia Akan Diabaikan - Najib

Diterbitkan: Khamis, 24 Disember 2015 4:41 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis berkata tiada rakyat Malaysia akan ditinggalkan di belakang tatkala negara pesat membangun dalam perjalanan menuju menjadi sebuah negara maju.

"Dan kami kekal teguh dalam mendukung kebebasan beragama seperti termaktub dalam perlembagaan kita," katanya dalam catatan terbaru dalam blog beliau www.najibrazak.com.

Najib juga berkata rakyat Malaysia beruntung dan bertuah menjadi sebuah negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik yang hidup bersama-sama secara aman dan harmoni.

"Mari kita meraikan musim perayaan ini dan menyambut Tahun Baharu dengan azam baharu dan menjadikan sebagai misi peribadi kita untuk memikul tanggungjawab dalam membawa Malaysia ke puncak kejayaan," katanya.

Perdana Menteri mengucapkan 'Selamat Menyambut Hari Krismas' kepada rakyat Malaysia beragama kristian dan "Selamat Menyambut Tahun Baharu' kepada semua rakyat Malaysia. 

"Kita memang menanti-nantikan kedatangan tahun baharu, walaupun wujud ketidaktentuan di peringkat global," katanya.-Bernama

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan