Nahas Bas: Mangsa Yang Cedera Beransur Pulih

Diterbitkan: Khamis, 24 Disember 2015 3:30 PM

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Datuk Ayub Rahmat (kanan) melawat mangsa nahas bas di Chiang Mai, Lee Siew Kim di Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat, Khamis.

(Ubah saiz teks)

BATU PAHAT: Lee Siew Kim, satu-satunya mangsa nahas bas di Chiang Mai yang terselamat dan kembali ke Malaysia menunjukkan perkembangan yang baik dan beransur pulih.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Datuk Ayub Rahmat telah melawat mangsa yang berusia 61 tahun ini di Hospital Sultanah Nora Ismail di sini pada Khamis untuk memeriksa keadaannya.

Siew Kim mengalami gegaran dan kecederaan di dada serta anggota badan lain disebabkan kemalangan yang berlaku Ahad lalu apabila bas yang membawa 22 pelancong Malaysia terjunam ke dalam gaung ketika dalam perjalanan dari Chiang Rai ke Chiang Mai di Thailand.

Ayub berkata keadaan Siew Kim kini stabil tetapi dia masih trauma dan tidak dapat tidur lena pada waktu malam.

"Keluarga mahukan privasi dan tidak membenarkan orang lain atau media untuk melawat pesakit semasa proses pemulihan," katanya kepada pemberita selepas lawatannya.

Beliau menambah lapan lagi mangsa yang terselamat tetapi cedera sedang dirawat di hospital-hospital di Thailand.
Tags / Kata Kunci: nahas bas , Chiang Mai , Lee Siew Kim

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan