Nahas Bas: Mangsa Cedera Belum Diberitahu Suami Maut

Diterbitkan: Khamis, 24 Disember 2015 7:12 PM

Dua anak (duduk) mendiang Ker Ah Hwee memberikan penghormatan setibanya jasad Ker Ah Hwee di rumah pengurusan mayat Persatuan Koon Yew pada 9.15 pagi Rabu.

(Ubah saiz teks)

BATU PAHAT: Lim Guat Huey, 54, yang cedera dalam nahas bas di Chiang Mai, utara Thailand, Ahad lepas dan kini dirawat di Hospital Mc Comick, Chiang Mai, masih belum mengetahui bahawa suaminya, Ker Ah Hwee terbunuh dalam kejadian itu.

Menurut abang ipar Lim, Kik Kiaw Guan, 71, buat masa ini mereka sekeluarga tidak mahu memaklumkan tentang kematian Ker, 55, bagi memastikan wanita berkenaan pulih dan stabil emosinya.

"Lim memang ada bertanyakan tentang Ker dan kami terpaksa berbohong dengan mengatakan Ker mengalami kecederaan lebih parah daripada Lim yang membuatkan Ker tidak dapat melawat Lim di dalam wad.

"Kami bukan tidak mahu menceritakan hal sebenar (kematian Ker) tetapi buat masa ini biarlah Lim berehat dan memastikan traumanya benar-benar pulih malah pihak doktor juga menasihatkan supaya berbuat demikian," kata Kik yang ditemani isterinya, Goh Kim Heok, 65, ketika ditemui pemberita di Rumah Urus Mayat Persatuan Koon Yew,  di sini, Khamis.

Kik dan Goh adalah antara pasangan warga emas yang diterbangkan ke Chiang Mai, awal pagi Isnin lalu bagi mengenal pasti anggota keluarga mereka yang terbabit dalam kemalangan itu.

Menurut Kik, dia mengetahui nahas menimpa Lim dan Ker kira-kira pukul 9 malam, Ahad lepas, selepas melihat senarai nama kemalangan menerusi internet.

Dia dan isteri kemudian bergegas dari rumah mereka di Muar ke pejabata gensi pelancongan Chiu Travel Sdn Bhd, di Jalan Rahmat, di sini, dan membuat keputusan untuk ke Chiang Mai bagi membantu urusan pengecaman mayat.

"Saya dan isteri tidak mengetahui tentang Lim dan Ker melancong ke Chiang Mai, namun, mereka memang biasa melancong ke luar negara," katanya.

Kik berkata dia dan isteri berharap agar Lim segera pulih daripada kecederaan di kepala dan kaki kanan kerana dia mempunyai dua anak lelaki yang kini dijaga ibunya yang tinggal di sebuah taman perumahan di bandar ini.

Mengenai jasad Ker pula, Kik berkata jasad adik iparnya itu akan dibakar pada 9 pagi Ahad di Pagoh, Muar.

Dalam kejadian Ahad lepas, 13 daripada 22 rakyat Malaysia yang kesemuanya berasal dari Batu Pahat terbunuh dalam nahas bas pada 11.30 pagi waktu tempatan(12.30 tengah hari waktu Malaysia).

Bas itu dilaporkan terbabas selepas berlanggar dengan sebuah kenderaan pikap ketika dalam perjalanan dari wilayah Chiang Rai ke Chiang Mai. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Nahas Chiang Mai

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan