Semak Harga Minyak Setiap Minggu - Persatuan Pengusaha Stesen Minyak

Diterbitkan: Khamis, 24 Disember 2015 4:48 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Pengusaha Stesen Minyak menggesa kerajaan supaya menyemak harga bahan api itu pada setiap minggu kerana sistem apungan bulanan boleh menyebabkan kerugian yang besar.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, pengusaha stesen minyak mengadu sistem yang digunapakai memberi kesan terhadap bekalan bahan api.

Beliau berkata, ketika ini, syarikat minyak akan mengagihkan bekalan berdasarkan ramalan harga bahan itu.

"Kebanyakan syarikat minyak sekarang menggunakan peluang ini dengan menghantar bekalan kepada pengusaha stesen minyak dalam jumlah yang banyak pada akhir setiap bulan jika mereka menjangkakan harga akan turun pada bulan seterusnya.

"Jika harga minya dijangka naik pula, syarikat akan mengurangkan bekalan," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Johari mendakwa, jika isu ini tidak diuruskan dengan sebaik mungkin ia boleh menyebabkan lebih 3,200 pengusaha stesen minyak seperti Petronas, Shell, Caltex, Petron dan BHP mengalami kerugian sebanyak 70 peratus.

Bagi mengelak masalah itu berlaku, katanya, pengusaha terlibat menyarankan supaya harga minyak disemak setiap minggu dengan perbezaan harga maksimum lima sen, jadi tidak wujud jurang yang terlalu besar berbanding kadar terdahulu.

"Langkah ini akan memberi manfaat kepada pengguna, pengusaha dan syarikat minyak tidak kira berapa harga bahan api itu di pasaran," katanya.

Harga pasaran RON95 bagi petrol dan diesel ditetapkan berdasarkan sistem apungan sejak 1 Disember tahun lalu susulan penamatan subsidi minyak.

Berdasarkan sistem sama, harga runcit bagi RON97 juga berasaskan purata bulanan kadar minyak mentah dunia.

Tags / Kata Kunci: minyak , Johari Abdul Ghani , RON95

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan