Jumlah Kenderaan Ke Arah Utara Di Lebuhraya Plus Meningkat

Diterbitkan: Khamis, 24 Disember 2015 11:24 AM

Keadaan trafik sesak di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala ke selatan berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Sungai Buloh baru-baru ini semasa warga kota kembali pulang ke ibu negara selepas cuti panjang Aidil Fitri. 


Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jumlah kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) pagi Khamis menunjukkan peningkatan ke arah utara berikutan warga kota mula pulang ke kampung halaman bersempena cuti panjang iaitu Maulidur Rasul hari ini dan Hari Krismas esok.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Lebuhraya Plus Expressways Sdn Bhd berkata jumlah kenderaan bertambah di Rawang Selatan menghala ke kawasan Rehat dan Rawat (R and R) Rawang, Lembah Beringin ke Tanjung Malim dan Slim River ke Sungkai.

Beliau berkata, terdapat sebuah lori terbakar di Km21.7 di lorong kiri dari Kota Damansara ke Bukit Lanjan kira-kira pukul 8.52 pagi.

"Api berjaya dipadam, namun lori itu belum dialihkan dan trafik bergerak perlahan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Khamis.

Sementara itu, Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dari Gombak ke Karak, berdekatan Plaza Tol Gombak turut dilaporkan perlahan.

Orang ramai boleh mengetahui maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.
Tags / Kata Kunci: Plus , trafik sesak

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan