Nahas Bas: Bas Ditukar Pada Saat Akhir Sebelum Kemalangan

Diterbitkan: Khamis, 24 Disember 2015 9:00 AM

(Ubah saiz teks)

BATU PAHAT: Pertukaran bas telah membawa kepada insiden kemalangan maut di utara Thailand yang menyebabkan kematian 13 rakyat Malaysia.

Tan Yang Soon yang terselamat dan kini berada di Hospital McCormick di Chiang Mai berkata kumpulan itu telah dimintai menaiki sebuah bas dua tingkat baharu pada 17 Disember.

Tetapi disebabkan salah seorang daripada mereka sudah tua dan tidak boleh menaiki tangga mereka kemudian mengambil keputusan untuk menukar bas pada hari kedua.

Anak lelaki Yang Soon, Sien Nian, 36, berkata, bapanya telah memberitahunya bahawa agensi pelancongan telah memberikan mereka sebuah bas lama yang bermasalah dan dikatakan tidak mempunyai tali pinggang keselamatan.

Yang Soon memberitahu bas itu sedang menuruni lebuhraya di kawasan pergunungan apabila ia tiba-tiba meluncur laju.

"Bapa saya yang merupakan seorang pemandu lori berpengalaman berkata dia merasakan sesuatu yang tidak kena dengan cara bas itu bergerak.

"Pemandu bas mempunyai masalah mengawal kenderaan dan ia telah melanggar sebuah kereta dan sebuah trak pikap. Ketika itu bapa saya pergi kepadanya dan cuba menarik brek tangan tetapi ia tidak berfungsi sama sekali," kata Sien Nian dengan linangan air mata.

Beberapa minit kemudian, bas tergelincir di jalan raya, merempuh tiang, beberapa batu besar dan pokok-pokok.

Sien Nian kehilangan empat ahli keluarga yang lain dalam kemalangan tersebut: Tan Thin Thin, 36, Tan Sui Heng, 54, Ker Bong Ngwang, 57, dan Low Chee Lan, 85.

Yang Soon, 64, dan Ker Shin Hui, 28, mengalami pelbagai kecederaan di badan disebabkan hentakan dan belum pulang ke rumah.

"Saya hilang sepupu, nenek, bapa saudara dan ibu saudara, manakala bapa saya patah kaki kiri dan seorang lagi sepupu saya mengalami kecederaan di perut," kata Sien Nian.

"Sepupu dan bapa saya menjalani beberapa pembedahan. Mereka sedang dirawat di hospital yang sama dalam tempoh antara dua minggu dan dua bulan."

Katanya, ayahnya sering bertanya tentang saudara-mara mereka tetapi tiada siapa yang sampai hati untuk memberitahunya bahawa mereka telah meninggal dunia.

"Kami harap dapat bawa bapa balik ke sini untuk menghadiri pengebumian pada Jumaat dan Sabtu, walaupun dia perlu berkerusi roda," katanya.
Tags / Kata Kunci: nahas bas , Chiang Mai

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan