Bapa Tunggal Mahu Dua Anaknya Jalani Kehidupan Lebih Baik

Diterbitkan: Khamis, 24 Disember 2015 9:36 AM

Dari kiri: Maureen, Anthony dan Hermina berdiri di bahagian luar rumah mereka di Kota Sentosa, Kuching.

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Bergelar bapa tunggal adalah sesuatu yang sukar bagi Anthony Weng tetapi dia perlu meneruskan kehidupannya demi dua anaknya yang paling bongsu.

Anthony yang tinggal di sebuah kilang kertas tandas memilih untuk bekerja di situ kerana ia dekat dengan Hospital Sentosa, sebuah institusi kesihatan mental.

Anak perempuannya Maureen Anthony, 19, adalah pesakit luar hospital itu dan memerlukan penjagaan dan pengawasan berterusan.

"Saya mesti berada dekat dengannya apabila saya bekerja. Minggu lepas, dia sesat tiga kali. Saya sangat panik. Pengawal kilang telah membantu mengawasinya tetapi ia masih boleh berlaku," kata Anthony, 58, yang mempunyai satu hasrat pada Hari Krismas.

"Saya telah beritahu anak bongsu saya yang berusia 14 tahun bahawa saya akan menghantarnya ke kelas tuisyen.

"Dia perlu belajar, belajar bersungguh-sungguh dan mempunyai masa depan yang lebih baik. Apa simpanan yang saya ada, saya telah memberitahunya, segalanya untuk dirinya."

Hermina Anthony, pelajar SMK Penrissen, banyak mendapat gred B dan C pada tahun ini.

Dia gagal dalam subjek Sains dan mendapat E untuk bahasa Inggeris.

Walaupun kehidupannya penuh cabaran, Hermina adalah seorang remaja periang, mewakili sekolahnya dalam pertandingan tarian.

"Saya suka Matematik...saya dapat B. Sains adalah subjek paling sukar. Sejarah dan Bahasa Malaysia paling mudah," katanya, yang dikelilingi oleh kerusi-kerusi, pakaian, pinggan dan kuali di rumah satu bilik yang didiaminya.

Ruang itu juga berfungsi sebagai bilik tidur. Tilam disandarkan pada dinding bersebelahan dengan pingat yang pernah dimenangi Hermina dalam pertandingan tarian.

Anthony, yang mula bekerja sejak usia 14 tahun selepas meninggalkan sekolah telah bercerai dengan isterinya pada tahun 2007.

Dia mempunyai tiga orang anak yang telah dewasa yang tinggal di Bintulu dan menjalani kehidupan sukar seperti dirinya.
Tags / Kata Kunci: bapa tunggal , harapan Krismas

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan