Nahas Bas: Anak Mangsa Dihimpit Kesedihan Dan Rasa Bersalah

Diterbitkan: Khamis, 24 Disember 2015 8:35 AM

Anak perempuan kepada mangsa nahas bas di Chiang Mai, Teo Shih Theng, ditenangkan oleh saudara maranya.

(Ubah saiz teks)

BATU PAHAT: Adalah sesuatu yang menyayat hati apabila melihat seorang anak menyalahkan dirinya sendiri atas kematian ibunya.

Teo Shih Theng, 28, anak perempuan kepada Ong Chui Hoe, 53, salah seorang daripada 13 mangsa yang terkorban dalam kemalangan bas di Chiang Mai, Thailand, berada di sebelahnya dalam kesedihan.

"Ma...Ma...jangan bimbang, saya akan tolong jaga Papa, jangan bimbang," katanya sambil menangis teresak-esak di hadapan jasad ibunya di rumah mereka di Parit Haji Sidek di sini, Rabu.

"Saya ni, Shih Theng, anak perempuan kamu yang sayangkan kamu. Walaupun kamu kini berada di syurga, saya akan terus menjaga Papa, jangan bimbang.

"Saya akan terus mencurahkan kasih sayang dan semangat kamu, saya tidak akan biarkan kamu kecewa," Shih Teng meraung penuh emosi sambil melihat gambar ibunya.


Dia ditenangkan oleh ahli keluarga yang lain.

Shih Teng berasa amat bersalah kerana dia telah membayar untuk percutian ibu dan bapanya Teo Tien Chor. Lawatan itu berakhir dengan tragedi, namun Tien Chor terselamat.

Kakak sulungnya Teo Hui Shih, 30, berkata adiknya itu telah menyalahkan dirinya di atas apa yang telah berlaku.

"Dia asyik kesal dengan keputusannya untuk menghantar ibu bapa kami bercuti walaupun ibu telah menasihatkannya untuk tidak membazirkan wang.

"Dia (Shih Theng) merasakan bahawa jika dia tidak menghantar ibu bapa kami untuk lawatan itu, ibu masih hidup," kata Hui Shih.

Katanya mereka dimaklumkan mengenai kemalangan itu oleh sepupu mereka dan melalui posting Facebook.

Seorang wakil dari agensi pelancongan kemudiannya menghubungi mereka untuk mengesahkan berita buruk itu.

Chui Hoe meninggalkan empat anak - Hui Shih, 30, Shih Theng, 28, Shih Khim, 26, dan Choon Hwee, 23.

Chui Hoe menyertai lawatan itu dengan kakaknya, Ong Chai Hong, 58, bersama-sama dengan suami mereka.

Dia dan kakaknya meninggal dunia manakala suami masing-masing cedera dan masih menerima rawatan di sebuah hospital di Thailand.

Jasad adik-beradik itu tiba di rumah masing-masing di Jalan Kluang di Parit Haji Sidek kira-kira pukul 11.05 pagi dan tengah hari.

Mayat mereka akan dibakar pada Ahad di Fairy Memorial Park di Pagoh.
Tags / Kata Kunci: nahas bas , Chiang Mai , Ong Chui Hoe

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan