Thailand Batal Lesen Pemandu Bas, Gantung Lesen Agensi Pelancongan

Diterbitkan: Rabu, 23 Disember 2015 10:50 PM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Jabatan Pengangkutan Darat Thailand (LTD) telah membatalkan lesen memandu pemandu bas Somporn Bualuang dan menggantung lesen bas persiaran majikannya berikutan kemalangan maut di daerah Doi Saket Chiang Mai, pada Ahad yang mengorbankan 13 rakyat Malaysia.

Somporn menghadapi tuduhan memandu melulu menyebabkan kematian dan kecederaan orang lain selepas bas yang dipandunya melanggar kereta dan tiang elektrik dan jatuh ke dalam gaung di kawasan pergunungan, menyebabkan kematian 13 rakyat Malaysia dan seorang pemandu pelancong Thai serta menyebabkan 12 orang , termasuk dirinya sendiri cedera.

Ketua LTD Sanith Phromwong pada Rabu mendedahkan bahawa selain membatalkan lesen memandu Somporn kerana memandu tidak berhati-hati dan menyebabkan beberapa kematian, ia juga telah mengarahkan Pejabat Pengangkutan Wilayah Tanah Chiang Mai untuk membatalkan lesen perniagaan pengendali bas pelancongan itu serta-merta.

"Syarikat itu gagal mengawal pemandu bas daripada memandu melebihi had laju," kata Sanith, sambil menambah jabatan itu juga akan membuat tindakan susulan untuk memastikan mangsa yang cedera dan keluarga si mati menerima bantuan.

Sebelum itu pada  Selasa, mayat 13 warga Malaysia telah dibawa pulang dengan pesawat C130, yang berlepas sebelum tengah malam.
Tags / Kata Kunci: nahas bas , gantung lesen , batal lesen

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan