Tiada Perubahan Akan Dibuat Pada Teks Akhir TPPA - Mustapa

Diterbitkan: Rabu, 23 Disember 2015 4:16 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada perubahan akan dibuat kepada teks akhir Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) dan penyertaan Malaysia akan hanya diputuskan Parlimen.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, jika Malaysia mahu membuat perubahan kepada teks akhir, ia akan mengambil masa lebih panjang untuk menentukan keputusan negara mengenai TPPA.

"Jika perubahan mahu dibuat kepada teks akhir, ia memerlukan perbincangan baru dengan semua negara berkaitan.

"Kini, fokus kita ialah memastikan program keterlibatan dan outreach mengenai TPP sampai kepada seramai mungkin rakyat Malaysia sebelum saya membentangkannya di Parlimen pada akhir Januari 2016," katanya kepada pemberita pada 'Program TPP Dengan Majlis Perwakilan Pelajar' melibatkan 300 penuntut dari universiti awam dan swasta di sini, Rabu.

Mustapa berkata, TPPA akan dibentang dan dibahaskan mengikut peraturan biasa persidangan Parlimen, iaitu di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Mengenai proses undian untuk TPPA di Parlimen, beliau berkata, perbincangan lanjut dengan Speaker diperlukan untuk memuktamadkan butiran terperinci.

Menurutnya, setakat ini, beratus-ratus program kesedaran telah dijalankan melibatkan pegawai dari MITI dan agensinya, Kementerian Sumber Manusia dan Kesihatan.

"Kami juga merancang mengadakan taklimat dan bengkel sehari untuk semua anggota Parlimen dan pelbagai jabatan kerajaan, termasuk pegawai Jabatan Peguam Negara," kata Mustapa.

Pada masa sama, kata Mustapa, MITI juga akan menganjurkan program kesedaran di Pahang, Sarawak dan Johor bulan depan, menemui pemimpin negeri dan orang ramai.

Rundingan TPPA yang pertama kali dilancar pada 2005 melibatkan 12 negara, iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, AS dan Vietnam.

Dokumen akhir TPPA, bersama dua analisis kos dan manfaat, disediakan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia serta PricewaterhouseCoopers Malaysia telah didedahkan kepada umum pada awal Disember.

Tags / Kata Kunci: TPPA , Miti

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan