Kerajaan Guna Saluran Diplomatik Bawa Pulang Mayat Then

Diterbitkan: Rabu, 23 Disember 2015 1:23 PM

Bernard Then.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan akan menggunakan saluran diplomatik untuk membawa pulang mayat mangsa culik kumpulan Abu Sayyaf, Bernard Then.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihak berkuasa perubatan Filipina masih menjalankan ujian DNA terhadap kepala yang ditemui di kepulauan Jolo.

"Sebaik sahaja ini dilakukan, kami akan membantu keluarga untuk membawa pulang mayat Then," kata Ahmad Zahid.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan polis menerima pengesahkan lisan dari rakan sejawatan di Filipina bahawa sampel DNA kepala yang ditemui di kepulauan Jolo sepadan dengan Then.

Then, seorang jurutera dari Sarawak diculik dari sebuah restoran makanan laut, Ocean King di Sandakan pada 15 Mei lalu bersama dengan pengurus restoran tersebut, Thien Nyuk Fun,50.

Kepala Then kemudiannya dipenggal Kumpulan Abu Sayyaf kira-kira pukul 4 petang pada 17 November lalu.

Kepalanya ditemui berhampiran bangunan majlis perbandaran di Jolo pada hari yang sama.

Tags / Kata Kunci: Bernard Then , Abu Sayyaf , culik

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan