Perutusan Maulidur Rasul: PM Tekankan Soal Perpaduan

Diterbitkan: Rabu, 23 Disember 2015 8:55 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata prinsip perpaduan perlu terus dijadikan teras kekuatan dan ketinggian martabat masyarakat Islam.

Beliau berkata kehidupan yang harmoni dan bersatu-padu menjadi paksi kepada kewujudan sesuatu ummah.

Perasaan keumatan inilah asas sejati perpaduan, silaturahim dan ukhuwah Islamiah manakala perpaduan pula adalah teras kekuatan dan kemuliaan umat ini, katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusan sempena sambutan Maulidur Rasul 1437H esok, yang dimuatkan di laman blog najibrazak.com.

"Justeru, amatlah penting kita hayati perpaduan ini dan terjemahkannya dalam bentuk kesatuan kasih sayang dan tindakan praktikal, bermula dengan unit asas seperti keluarga, kejiranan malah ke peringkat negara dan antarabangsa," kata Najib.

Perdana Menteri berkata membina perpaduan merupakan antara Sunnah terpenting yang telah diwariskan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya.

Najib menegaskan atas asas itu, kerajaan akan terus berusaha memakmurkan negara untuk muncul sebagai negara Islam yang maju dan berpendapatan tinggi.

Dalam pada itu, beliau menarik perhatian bahawa Maulidur Rasul disambut dua kali pada 2015, yang pertama pada Januari lepas.

"Pada 3 Jan lepas, kita menyambut Maulidur Rasul bagi 1436H dan esok 24 Disember kita meraikan sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1437H. Alhamdulillah," kata Najib.

Perdana Menteri berkata jasa dan pengorbanan Rasulullah SAW begitu besar kepada umat Islam kerana baginda bersama para sahabat telah menanggung pelbagai kesusahan dan penderitaan dalam memartabatkan syiar dan syariat Islam serta membina ummah.-- Bernama


iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan