Perpaduan Adalah Tunjang Kekuatan Negara - Najib

Diterbitkan: Rabu, 23 Disember 2015 4:46 PM

Datuk Seri Najib Tun Razak

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menjadikan perpaduan sebagai fokus dalam perutusan Maulidur Rasul bagi tahun 1437 Hijrah.

"Ummah bukanlah nama bagi satu kaum yang bermastautin di satu-satu tempat; bahkan apabila berjuta insan daripada kaum yang pelbagai, tinggal di kawasan yang berlainan.

"Apabila mereka hidup harmoni dan bersatu-padu, maka jadilah mereka sebagai satu ummah," katanya di www.najibrazak.com , Rabu.

"Perasaan keumatan inilah asas sejati perpaduan, silaturahim dan ukhuwah Islamiah. Manakala perpaduan pula adalah teras kekuatan dan kemuliaan umat ini," katanya.

Oleh itu katanya, amat penting perpaduan ini dihayati oleh kita dan ia diterjemahkan dalam bentuk kesatuan kasih sayang dan tindakan praktikal.

Katanya, ia bermula dengan unit asas seperti keluarga, kejiranan hatta ke peringkat negara malah antarabangsa.

Najib menambah, membina perpaduan merupakan antara Sunnah terpenting yang telah diwariskan oleh Rasulullah SAW.

Beliau berkata transformasi menuju negara Islam yang maju dan berpendapatan tinggi dengan wasatiyyah bersendikan Maqaasid Syariah sebagai prinsip pentadbirannya, serta Ahlu Sunnah wal Jamaah sebagai pegangannya akan terus menjadi keutamaan kita.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan