Komander Esscom Baharu Komited Pastikan Esszone Terus Selamat

Diterbitkan: Rabu, 23 Disember 2015 5:03 PM

Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) yang baharu, Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, komited untuk meneruskan segala usaha membanteras jenayah rentas sempadan di Sabah.

Wan Abdul Bari berkata ia bagi memastikan keselamatan masyarakat di negeri ini khasnya di Kawasan Zon Keselamatan Timur Sabah (Esszone) sentiasa terjamin sekali gus memastikan keamanan dan kedaulatan negeri terus dipelihara.

Bekas Ketua Jabatan Ketenteraman Awam/Ketua Trafik Negeri Kuala Lumpur itu berkata segala usaha dilakukan Komander Esscom sebelum ini iaitu Datuk Abdul Rashid Harun juga akan diteruskan selain melakukan beberapa penambahbaikan.

"Ini adalah perkara biasa. Sebagai komander, walaupun misi sama iaitu untuk menentukan keselamatan dan sebagainya tetapi pendekatan (berbeza), masing-masing ada cara sendiri," katanya kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas komander di sini, Rabu.

Wan Abdul Bari, 58, berkata beliau pernah bertugas di Lahad Datu pada 1980 selain pernah berkhidmat dalam Pasukan Polis Hutan (sekarang dikenali sebagai Pasukan Gerakan Am) pada 1977 hingga 1985 dalam menentang gerila dan sebagainya.

Sehubungan itu, beliau berkata segala pengalaman bertugas yang diperolehi sebelum ini akan digunakan sepenuhnya dalam menangani situasi semasa di Sabah.

"Saya berharap berupaya mengadaptasinya. Penggiliran (rotation) dalam (perkhidmatan) polis ini (membuatkan) kita melalui bermacam-macam perkara dan berharap ia tidak menjadi satu masalah besar kepada saya," katanya.

Pada majlis sama, Noor Alam Khan Abdul Wahid Khan menerima tugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Esscom yang baharu menggantikan Ruji Ubi berkuat kuasa Rabu.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, yang menyaksikan majlis serah terima tugas itu berharap pimpinan baharu Esscom akan terus bergerak lancar dan mantap serta meneruskan kecemerlangan pimpinan sebelum ini.

Musa mewakili rakyat Sabah turut melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Abdul Rashid dan Ruji atas khidmat bakti dicurahkan sebelum ini dalam memastikan keselamatan negeri terjamin.

"Di bawah kepimpinan dan perkhidmatan kedua-dua mereka, Esscom telah banyak mengalami penambahbaikan dan peningkatan.

"Ini amat penting dalam usaha memantapkan dan memperkasa peranan serta tanggungjawab Esscom, dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan negara kita khususnya di kawasan pantai timur Sabah terus terpelihara," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Musa meminta semua pimpinan dan warga Esscom terus dedikasi dan komited menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.

Di samping itu, Musa juga mahu rakyat khususnya di kawasan terbabit memberi kerjasama kepada pasukan keselamatan dalam membanteras ancaman keselamatan dan jenayah rentas sempadan di kawasan perairan negeri.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan