Dasar AP Terbuka Diteruskan Dengan Penambahbaikan Berkuatkuasa Jan 2017

Diterbitkan: Rabu, 23 Disember 2015 11:27 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini memutuskan untuk meneruskan Dasar Permit Import (AP) Terbuka bagi kenderaan import terpakai tetapi dengan beberapa penambahbaikan.

Dasar baharu itu akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2017 bagi membolehkan syarikat sedia ada mematuhi syarat ditetapkan.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam kenyataannya hari ini berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambilkira pandangan pelbagai pihak serta kajian menyeluruh mengenai dasar tersebut.

Antara penambahbaikan itu ialah memberi peluang kepada syarikat Bumiputera baharu yang layak dan mematuhi garis panduan ditetapkan untuk turut terlibat dalam perniagaan ini.

Menurutnya, dasar ini juga akan mengambil kira komitmen negara di peringkat antarabangsa.

Selain itu, kerajaan juga akan melaksanakan program bersesuaian dengan menggunakan sebahagian kutipan fi AP Terbuka bagi memanfaatkan orang ramai.

Selaras dengan penambahbaikan ini juga, juru audit bertauliah bebas akan dilantik untuk menjalankan pengauditan ke atas semua syarikat yang menjalankan perniagaan ini.

Ini bagi memastikan syarikat--syarikat berkenaan mematuhi semua garis panduan dasar baharu AP Terbuka dan kerajaan akan tegas dalam melaksanakan audit tersebut, jelas MITI.

Menurut MITI, kajian Dasar AP Terbuka yang telah dilaksanakan meliputi analisis kesan, sumbangan dan implikasi kepada pembangunan industri automotif, sosio-ekonomi negara dan dasar kerajaan yang berkaitan.

Kajian tersebut dengan penglibatan syarikat perunding telah dijalankan selama enam bulan dan mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk penggiat industri, persatuan pengguna, NGO serta ahli politik.

Ia mencadangkan supaya dasar AP Terbuka diteruskan kerana ia membolehkan orang ramai membeli kereta import terpakai pada harga yang kompetitif.

Selain itu, katanya, industri pengedaran dan pengimportan kereta import terpakai memberi sumbangan besar kepada industri automotif dan sosio-ekonomi negara.

Antaranya sumbangan kepada industri sokongan dan sektor perkhidmatan seperti bank, insurans, perkapalan dan logistik yang berjumlah RM450 juta setahun.

Melalui dasar ini kerajaan dapat memperoleh hasil kira-kira RM2.0 bilion setahun menerusi kutipan cukai dan fi.

Kajian tersebut juga mendapati dasar ini menyumbang sebanyak 5.0 peratus daripada 36 peratus ekuiti Bumiputera dalam sektor automotif.

Kata MITI, keputusan mengekalkan Dasar AP Terbuka juga dibuat bagi membolehkan orang ramai terus berpeluang membeli kereta import mewah dan sederhana mewah terpakai dengan harga kompetitif.

Sekiranya dasar ini dimansuhkan, penyertaan ekuiti Bumiputera dalam sektor automotif juga akan menurun kepada 31 peratus, katanya.
Tags / Kata Kunci: dasar AP terbuka , kereta import , Miti

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan