Banjir Teruk Dijangka Landa Sarawak - TPM

Diterbitkan: Rabu, 23 Disember 2015 4:31 PM

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan hormat Naib Presiden Zambia, Inonge Wina di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra hari ini.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pihak berkuasa diarahkan memberi tumpuan serta melakukan persiapan sewajarnya terhadap kemungkinan banjir teruk melanda Sarawak, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata berdasarkan ramalan kaji cuaca, banjir di Sarawak adalah teruk tahun ini, manakala keadaan sebaliknya di Pantai Timur Semenanjung.

Beliau berkata sebagai persiapan menghadapi bencana alam itu di Sarawak, pelan pengurusan banjir Kemaman, Terengganu akan dijadikan panduan.

"Kami (kerajaan) khuatir mungkin kali ini banjir di Sarawak teruk tapi kita berdoa semoga tidak alami masalah.

"Mungkin kawasan Pantai Timur (Semenanjung) tidak akan mengalami (banjir teruk) sama macam tahun lalu," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Naib Presiden Zambia Inonge Mutukwa Wina di sini, Rabu.

Pelan Pengurusan Banjir Kemaman merangkumi pelbagai peringkat persediaan iaitu sebelum banjir, ketika banjir dan selepas banjir.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim serta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek juga diarahkan ke Sarawak membantu Majlis Keselamatan Negara Negeri Sarawak dan Agensi Pengurusan Bencana Negara membuat persiapan, kata Ahmad Zahid.

Mengulas mengenai pertemuan dengan Mutukwa Wina, Timbalan Perdana Menteri berkata Zambia berminat mempelajari cara Malaysia membangunkan sektor pertanian.

"Mereka (Zambia) berhajat tingkatkan pertanian kerana mahu menukar  kebergantungan dalam bentuk mineral kepada pertanian," katanya.

Tags / Kata Kunci: Sarawak , Banjir

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan