Perkhidmatan Teksi Percuma Untuk Ibu Mengandung Mulai Tahun Depan

Diterbitkan: Selasa, 22 Disember 2015 7:26 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Pemandu Teksi Makkal Communication Kuala Lumpur akan menyediakan perkhidmatan teksi percuma 24 jam kepada ibu mengandung di sekitar ibu negara bermula 2 Januari depan.

Pengerusi Lembaga Pelesenan Eksais Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk P. Gunaseelan berkata, perkhidmatan itu sebagai sebahagian daripada khidmat sosial persatuan itu kepada masyarakat dalam menyediakan bantuan pengangkutan, khususnya kepada ibu mengandung yang hampir melahirkan anak, terutama pada lewat malam.

Ke arah itu, beliau berkata persatuan berkenaan menyediakan 50 buah teksi bertujuan membawa golongan berkenaan ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Ampang.

"Ini projek pertama seumpamanya di Malaysia. Mereka (Makkal Communication) akan sediakan khidmat teksi percuma kepada ibu mengandung ini sepanjang masa. Saya juga alu-alukan persatuan lain untuk ikut langkah ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan perkhidmatan teksi percuma itu di sini, Selasa.

Sementara itu, pemandu teksi S. Vijayapriya memberitahu Bernama bahawa aplikasi Whatsapp akan diguna pakai bagi menambah baik komunikasi antara pemandu teksi serta penumpang.

"Aplikasi itu (Whatsapp) akan memudahkan penumpang berkomunikasi dengan pemandu teksi. Kesemua 50 pemandu teksi bagi perkhidmatan percuma itu akan menggunakan Whatsapp, justeru amat bermanfaat bagi golongan wanita," katanya.

Antara nombor 50 pemandu teksi yang boleh dihubungi pengguna adalah Suriyamurthy (016-3029297), K.Kumar (010-2449577), P.Palaniandy (016-2129439), T.Rajendran (014-7178135), T.Rajan (013-3707417) dan Sharma (017-6705347). - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan