TPPA: Sesi Khas Parlimen Ditetapkan Akhir Januari 2016

Diterbitkan: Selasa, 22 Disember 2015 6:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persidangan khas Parlimen untuk memutuskan  tentang penyertaan Malaysia dalam Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) dijadualkan pada akhir Januari 2016, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata sesi melibatkan persidangan Dewan Rakyat selama dua hari, diikuti persidangan Dewan Negara selama sehari.

"Tarikh sudah ada tetapi itu tugas Dewan Rakyat (untuk mengumumkannya)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kongres Usahawan Muda 2015, di sini, Selasa.

Mustapa berkata pada masa ini kerajaan giat menjalankan program kesedaran tentang TPPA untuk orang awam.

"Adalah penting untuk kita bawa TPP ke peringkat akar umbi. Itu keutamaan  saya pada bulan Januari supaya TPP lebih difahami pada peringkat orang kampung, kepimpinan peringkat bawah," katanya.

Beliau berkata kementeriannya kini giat memberi penjelasan kepada komuniti akademik dan golongan profesional berhubung perjanjian perdagangan itu.

Rundingan TPPA yang dilancarkan pada 2005, melibatkan 12 negara iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam.

Dokumen akhir TPPA serta dua hasil kajian analisis kos faedah oleh Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa serta PricewaterhouseCoopers Malaysia didedahkan kepada umum awal bulan ini.

Kongres Usahawan Muda 2015 selama sehari itu melibatkan tiga sesi perbincangan terbuka yang mengulas tiga topik iaitu TPPA, Industri Halal and Pembiayaan.

Kongres dijadual ditutup oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. -- Bernama


 

Tags / Kata Kunci: TPPA , Parlimen , Mustapa Mohamed

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan