Nahas Bas: Mayat 13 Rakyat Malaysia Akan Dibawa Pulang Hari Ini

Diterbitkan: Selasa, 22 Disember 2015 12:20 PM

Sebahagian daripada ahli keluarga mangsa kemalangan bas di Chiang Mai melakukan pendaftaran masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Bangkok untuk ke Chiang Mai pada Isnin bagi urusan proses pengecaman dan urusan membawa pulang jenazah. Mereka tiba di KLIA kira-kira pukul 11 pagi dari Batu Pahat, Johor dan menaiki pesawat Thai Airways. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

CHIANG MAI: Mayat 13 rakyat Malaysia yang terkorban dalam kemalangan bas di sini Ahad lalu mungkin akan dibawa pulang lewat hari ini.

Pegawai-pegawai di Kedutaan Malaysia memberitahu pemberita di Hospital Maharaj Nakhon Chiang Mai bahawa pegawai-pegawai Thailand cuba untuk mengakhiri sesi temuramah dengan ahli keluarga mangsa pada Selasa.

"Mereka juga akan cuba untuk menyiapkan kertas kerja yang diperlukan.

"Jika itu diselesaikan maka mayat-mayat boleh diterbangkan keluar dari sini hari ini," kata seorang pegawai kedutaan.

Dua pesawat Hercules C130 - sebuah oleh Tentera Udara Malaysia (TUDM) dan sebuah lagi oleh kerajaan Thailand telah bersiap sedia untuk membawa mayat ke Lapangan Terbang Senai di Johor.

Semua mangsa yang terkorban adalah dari Batu Pahat, Johor.

Waris berada di hospital untuk memudahkan prosedur polis.Mereka telah ditemuramah oleh polis dan jabatan forensik hospital.

Proses mengenal pasti mayat dan barang-barang peribadi mangsa sedang dijalankan.

Sementara itu pesawat Hercules TUDM dijangka berlepas dari pangkalannya ke Chiang Mai pada pukul 5 petang Selasa bagi membantu membawa pulang mayat 13 rakyat Malaysia.

Tentera Udara Diraja Thailand juga telah menyediakan pesawat untuk membawa pulang mayat-mayat.

"Ketua Angkatan Tentera Thailand melanjutkan penggunaan pesawat itu semasa lawatannya semalam sebagai tanda simpati dan solidariti.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan yang ditunjukkan beliau," kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Zulkifeli Mohd Zin kepada pemberita di Maktab Pertahanan Angkatan Tentera, Selasa.
Tags / Kata Kunci: nahas bas , Chiang Mai , Hercules

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan