Pelakon Australia Rampas Anak Daripada Bekas Suami Ditahan Polis

Diterbitkan: Selasa, 22 Disember 2015 10:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Australia Eliza Szonert yang merampas anaknya daripada bekas pasangannya berada dalam tahanan polis di Kuala Lumpur pada malam Isnin tetapi tidak ditahan secara rasmi, menurut laporan.

Ibu Szonert, Kay, mengesahkan bahawa pelakon berusia 42 tahun yang pernah membintangi siri Neighbours itu kini berada di sebuah balai polis di Kuala Lumpur untuk ditemubual mengenai tindakannya membawa lari anak lelakinya daripada bekas pasangannya yang juga bapa kepada kanak-kanak itu, ahli perniagaan Ashley Crick, pada 10 Disember lalu.

Kay, yang kini menjaga kanak-kanak itu berkata anak perempuannya itu telah menjangka akan disoal tetapi tidak pasti tentang berapa lama proses itu akan mengambil masa.

Dia berkata anak perempuannya itu berada di balai polis bersama peguamnya pada tengahari tetapi sehingga lewat Isnin, dia masih belum dibebaskan.

Menurut laporan itu, temubual dengan polis itu dipercayai berkaitan dengan tindakan merampas di mana polis bimbang ia  boleh menjadi kes 'pengurungan secara salah'.

Eliza terkandas di Malaysia selepas merampas anak lelakinya daripada Crick di sebuah restoran di Kuala Lumpur.

Dia mendakwa Crick telah menahan pasportnya dan anaknya serta enggan menyerahkannya semula.

Crick kemudian membuat aduan kepada pihak polis Malaysia, yang sedang menyiasat kejadian melibatkan Eliza yang menggunakan dua lelaki gagah dari agensi pemulihan kanak-kanak dalam usaha untuk membawa lari anaknya.

Minggu lalu, Crick, 43, memberitahu media Australia bahawa dia telah memfailkan satu kenyataan dengan polis Malaysia selepas anaknya diculik ketika dia sedang bersarapan di sebuah restoran.
Tags / Kata Kunci: rebut anak , rampas anak , Eliza Szonert

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan