PAS Akan Lawan DAP Pada PRN Sarawak

Diterbitkan: Selasa, 22 Disember 2015 6:06 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: PAS akan bertanding sekurang-kurangnya 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak pada tahun depan, termasuk kawasan yang secara tradisinya ditanding oleh DAP.

"PAS Sarawak akan bertanding sekurang-kurangnya 11 kerusi DUN pada pilihan raya, termasuk beberapa kerusi yang biasanya ditanding oleh DAP," kata pesuruhjaya Pas negeri, Jofri Jaraiee.

"Perbincangan mengenai kerusi bukan di dalam perbincangan bersama Pakatan Harapan kerana PAS bukan sebahagian daripada pakatan itu," kata Jofri dalam kenyataan pada Selasa.

"Bagaimanapun, PAS Sarawak bersedia untuk berunding dengan PKR mengikut keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pusat PAS untuk mengekalkan kerjasama politik dengan PKR," tambahnya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Isnin yang memberitahu bahawa PAS "tidak signifikan" di Sarawak kerana ia tidak mempunyai sebarang kerusi di negeri itu.

Beliau yang menyifatkan kenyataan Wan Azizah sebagai tidak demokratik dan tidak berfikir dahulu, Jofri menjelaskan bahawa kenyataan itu tidak mencerminkan sambutan PAS yang kuat di negeri itu.

Jofri menjelaskan bahawa PAS kini mempunyai 11 kawasan yang aktif dan kira-kira 3,000 aktivis bersiap sedia menghadapi pilihan raya itu. 

Beliau menambah, parti tersebut menganjurkan banyak program sosial dan kebajikan di Sarawak.

PAS turut menasihatkan PKR supaya berwaspada dengan sekutunya DAP yang mendakwa mereka telah "mencuri" sejumlah bekas calon PKR untuk pilihan raya.

Walaupun terdapat konflik antara PAS dan DAP, parti Islam itu masih mengadakan kerjasama dengan PKR.

PRN Sarawak dijangka diadakan sebelum Jun 2016. PAS bertanding di lima kerusi pada pilihan raya sebelum ini.

Antara kerusi dalam rancangan PAS untuk bertanding ialah Beting Maro, Sebuyau, Sadong Jaya, Muara Tuang, Samariang, Jepak, Samalaju, Lambir, Senadin, Batu Kawa dan Dudong.

Parti itu mula memasuki Sarawak pada 1996 dan telah bertanding dalam pilihan raya negeri sejak 2001.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan