Kementerian Kesihatan Nafi Dakwaan Sabotaj Pengusaha Vape

Diterbitkan: Selasa, 22 Disember 2015 4:54 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) pada Selasa menafikan dakwaan Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) kononnya dua kilang pembuatan perisa vape dipercayai milik individu berkepentingan dalam kerajaan, akan dibina tidak lama lagi.  

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan rasmi berhubung pembukaan kilang itu didakwa bertujuan memonopoli industri yang membawa pulangan RM2.8 bilion setahun kepada pengusaha sedia ada.

"Saya tidak menerima sebarang laporan rasmi dan kami tiada apa-apa maklumat mengenai dakwaan itu. Kami (KKM) tidak mensabotaj sesiapa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, Selasa.

Pada Isnin, media tempatan melaporkan Presiden Ikhlas, Mohd Ridzuan Abdullah mendakwa dua kilang pembuatan perisa vape akan dibina di Johor serta Shah Alam, dan akan beroperasi sebaik sahaja Kementerian Kesihatan mewujudkan satu akta baharu mengenai penjualan perisa vape.

Dalam pada itu, Hilmi menegaskan KKM tidak bercadang mengharamkan penjualan vape dan hanya memutuskan mengawalnya meskipun Majlis Fatwa Kebangsaan pada Isnin memutuskan hukum penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram.

Beliau berkata, keputusan kementerian dalam penjualan vape adalah keputusan yang diambil di peringkat Kabinet.

Hilmi berkata, pihaknya akan terus mengawal penjualan vape di bawah Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2011.

Beliau, bagaimanapun berkata ia bergantung kepada Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bagi membincangkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Sementara itu, Hilmi berkata, pengharaman premis penjualan vape di negeri-negeri bergantung kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mempunyai kuasa mengambil sebarang keputusan. - Bernama

Tags / Kata Kunci: vape

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan